Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 10 April 2015

Tahniah DS Zahid Hamidi! Selepas 40 Tahun Terpakai dan 14 Jam Berbahas, Pindaan Akta Hasutan Diluluskan cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KBAB51

Image result for Zahid Hamidi

Selepas meneliti dengan tekun perbahasan pada usul pindaan terhadap Akta Hasutan ini, akhirnya ianya diluluskan Dewan Rakyat. Kerja keras Menteri Dalam Negeri bersama pasukan akhirnya membuahkan hasil. Sokongan daripada Y.A.B Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimen BN yang lain juga adalah bukti kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada keselamatan keharmonian negara ini.

Siapa yang untung? Selepas 40 tahun, selepas banyak perkara yng melibatkan ketegangan kaum dan agama, selepas melihat adanya manusia-manusia yang muncul mempertikaikan (secara menghasut) apa yang terkandung dalam perlembagaan, pindaan 2015 ini pastinya memberi pulangan yang baik untuk rakyat. Ini baik bagi membendung kegiatan hasutan seperti yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dilihat cukup tidak harmoni.


Selepas POTA kini Akta Hasutan, dua perkara penting dalam menghadapi dunia yang mencabar ini menjadi tunjang kepada pelaksanaan penguatkuasaan oleh pihak berwajib. Penguatkuasa akan lebih 'credible' dalam melaksanakan tugas memastikan keamanan, keharmonian terus mekar di bumi Malaysia.


KUALA LUMPUR - Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

Antara isu utama yang hangat diperdebatkan ahli parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi  jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak  pendakwaan mempunyai bukti kukuh.

Ini kerana, beliau berkata sekiranya seseorang ditangkap dan disiasat di bawah akta itu, tidak semestinya akan didakwa di mahkamah. 

"Perkara itu bergantung kepada Peguam Negara, jika dia yakin ada kes baru, pendakwaan akan dibuat. Kita ada banyak kes di mana polis jalankan siasatan tapi pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara," katanya.

Berhubung definisi 'hasutan', Ahmad Zahid berkata, ia telah dinyatakan secara jelas di bawah rang undang-undang berkenaan.

Ahmad Zahid dalam hujahnya beberapa kali, menegaskan bahawa langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah perlu demi melindungi kepentingan rakyat tanpa  mengira kaum dan agama bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku di negara ini. 

Ini kerana, katanya akta itu yang telah sekian lama digunakan terbukti keberkesanannya sebagai alat paling berkesan untuk menghadapi isu-isu berbaur hasutan dalam memastikan keamanan yang dikecapi selama ini akan terus terpelihara. - Bernama-sumber

JOMO: Tahniah kepada team KDN! Dengar-dengar ramai 'PENGACAU' yang selama ini membuat ONAR sudah mula kecut...? Ada antara mereka yang marah kepada pemimpin Pakatan yang gagal untuk memastikan pindaan ini tidak diluluskan...

Tapi kena ingat, majoriti rakyat mahukan keamanan dan keharmonian! 

1 comment:

  1. Kita tidak mahu duri dalam daging. Kaedah nya dalam bentuk apa pun. Kemudian mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi hakikat nya berpaksikan pengaruh dari luar dalam bentuk ingin menjajah semula dan menghapuskan Perlembagaan yang bakal di ganti perlembagaan yang hanya memihak keuntungan sendiri dengan campur tangan luar.

    Semoga ekstremis perkauman dan ekstremis kepegganasan dapat di kekang sepenuh nya. Apa lagi yang ingin membahagikan Sabah, Sarawak dan jalur Pantai Barat Malaysia untuk di dominasi pihak cauvinis.

    Kita selalu di ingatkan perkara sedemikian tidak mungkin terjadi, tetapi realiti politik ekstrim boleh sahaja memusnahkan aspirasi majoriti rakyat Malaysia. Semoga KDN dan Peguam Negara berpijak di bumi nyata. Malaysia sudah menharungi berbagai cabaran, kekangan dan kini sudah mula berada di tahap yang kita impikan dan bakal menakluk masa depan. Sejarah kebangkitan Andulusia boleh sahaja menjadi contoh dan di tauladani keruntuhan nya di mana janji Allah itu benar - akan di gantikan dengan kaum lain jika berterusan menjadi kufur dan mengabaikan persekitaran termasuk pembangunan negara dan ummah.

    ReplyDelete