Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 7 April 2015

POTA Lulus! TQ Solidariti Anggota Parlimen Kerajaan... @Zahid_Hamidi

KUALA LUMPUR 7 April - Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam menunjukkan wujud kekuatan solidariti dalam kalangan anggota Parlimen kerajaan dalam usaha mencegah keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun terdapat beberapa bantahan berhubung beberapa fasal dalam rang undang-undang itu oleh pembangkang, namun kelulusan POTA menunjukan undang-undang tersebut amat diperlukan.

"Alhamdulillah walaupun sembilan kali undi belah bahagian kerana terdapat bantahan terhadap beberapa fasal, namun solidariti yang ada pada ahli Parlimen memungkinkan POTA lulus, demi kepentingan rakyat dan negara, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Rang Undang-Undang POTA 2015 diluluskan tanpa pindaan pada pukul 2.25 pagi tadi selepas dibahaskan lebih 12 jam.

Dalam pada itu Ahmad Zahid mengulangi jaminan bahawa POTA tetap akan menjaga hak asasi manusia seperti diminta oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan tidak mengetepikan elemen perundangan yang menjadi kekhuatiran sesetengah pihak.- BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pota-lulus-tunjuk-solidariti-anggota-parlimen-kerajaan-ahmad-zahid-1.78418#sthash.zZTN24TH.dpuf

Jomo: Saya menonton perbahasan tentang POTA ini malam tadi, niat kepada lahirnya POTA ini cukup jelas bagi mencegah keganasan walaupun pihak pembangkang dilihat lebih suku mempolitikkan perkara ini.

Apapun ucapan terima kasih perlu diberikan kepada Menteri Dalam Negeri dan pasukan dalam menyediakan gerak kerja dan dokumen megenai POTA ini.

Semoga ianya memberi manfaat kepada rakyat dan negara agar kita terus hidup aman dan damai. Bangkit bersama pertahankan negara!

No comments:

Post a Comment