Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 10 April 2015

Penyamaran Berakhir! Speaker Kembali Ke Dewan parlimen...


Image result for pandikar amin

Ramai yang tertanya-tanya ke mana Speaker Dewan Rakyat menghilang? Akhirnya beliau muncul ke persada perbahasan parlimen...

Kemunculan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kembali mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat Khamis selepas hampir tiga minggu ‘menghilangkan’ diri menarik perhatian ahli-ahli parlimen dan petugas di Parlimen termasuk media.
Ketiadaan beliau menimbulkan pelbagai spekulasi dan sepanjang ketiadaan beliau, Dewan dikendalikan timbalannya Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Ismail Mohamad Said.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang bangun untuk membentangkan Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 turut mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Pandikar Amin.

Speaker itu dalam penjelasannya berkata, beliau tidak pergi ke mana-mana dan menasihatkan jangan dengar spekulasi berhubung dirinya.

“Saya menyamar dan berjalan-jalan di Chow Kit, ke Majsjid India ketika kamu (ahli-ahli parlimen) berbahas. Saya tanya keadaan di luar,” katanya disambut ketawa ahli-ahli Dewan.

Beliau seperti biasa menasihatkan ahli-ahli parlimen berbahas dengan baik dan menghormati peraturan mesyuarat.

“Saya akan duduk dan perhatian Yang Berhormat berbahas,” kata Pandikar Amin yang terkenal dengan ketegasannya mengendalikan sidang Dewan Rakyat. -sumber

JOMO: Kemunculan beliau seiring dengan perbahasan Akta Hasutan sehingga awal pagi tadi. Selamat bertugas!

No comments:

Post a Comment