Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 16 April 2015

PELUANG BN NAMPAK CERAH DI PERMATANG PAUH... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Photo: BH

Selepas perlantikan TS Mahyuddin sebagai Pengarah Pilihanraya dengan dibantu oleh DS Zahid Hamidi bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, keadaan berdolak dalik sebelum ini yang mengatakan BN tidak akan bertanding dalam parlimen Permatang Pauh jauh meleset...

Berdasarkan rekod yang mana DS Zahid Hamidi sendiri sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap BN semakin meningkat naik... 

Selain dari kekuatan pada jentera BN, isu dalaman Pakatan Rakyat yang semakin meruncing di Pulau Pinang juga akan menjadi faktor, ini apabila Pemuda PAS Pulau Pinang menggambarkan seperti tidak akan memberi apa-apa bantuan kepada sekutu mereka DAP dan PKR atas sebab penentangan mereka terhadap Tuan Guru Hadi Awang terutamanya dalam isu hudud di Kelantan... Guan Eng yang dilihat gagal menjaga kebajikan orang melayu di sana juga adalah penyebab kepada peluang yang cerah kepada BN...

Kecelaruan dalaman ini memberi banyak manfaat terutamnya kepada pengundi  atas pagar yang sudah muak dengan permainan politik Pakatan rakyat... Pastinya jika Wan Azizah bertanding semula, akan berlaku penolakan ketara oleh ahli-ahli PAS apatah lagi Wan Azizah juga perah mengeluarkan kenyataan tidak menyokong hudud yang diperjuangkan oleh PAS...

Ironinya, Permatang Pauh juga terdapat beberapa madrasah dan sekolah-sekolah agama, justeru, ianya akan pasti akan memberi kesan kepada pola pengundian di permatang pauh atas sebab penolakan tersebut...

Perkara pertama yang positif yang dilakukan oleh BN dengan melantik TS Mahyuddin dibantu oleh DS Zahid telah tercapai... Strategi PRK pastinya telah dirangka dengan teliti dan gerak kerja juga telah mula dilaksanakan... Perkara kedua pastinya pemilihan calon... BN perlu memastikan calon yang bakal dipilih adalah mempunyai ciri-ciri winnable candidate dan penulis percaya bahawa BN mampu lakukannya...

Kita tahu Permatang Pauh addalah kubu kuat kepada PKR dan keluarga Anwar Ibrahim, namun, percayalah apa-apa pun akan berlaku... PKR juga pernah menang dengan majoriti yang sedikit di sini...

JOMO: Yakin dengan kekuatan BN! All the best untuk TS Mahyuddin dan DS Zahid Hamidi...

No comments:

Post a Comment