Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 13 April 2015

Mukhriz Kata "Tun M Tegur UMNO Sebab Sayangkan Parti", Tapi Kenapa Ada Yang Minta Mukhriz Letak Jawatan...?


Mukhriz harus letak jawatan jika tidak nyatakan sokongan terhadap Najib - Adun Kedah

Artikel ini keluar pada 25 November 2014 yang lepas bilamana Tun M dilihat mula mengkritik beberapa dasar dan cara kepimpinan parti dan kerajaan secara aggresif. Yalah, 22 tahun mengetuai kepimpinan Negara dan parti. Sebagai ahli biasa beliau dilihat cuba melahirkan apa yang beliau fikirkan baik untuk parti dan kerajaan.

Semua orang bebas memberi pendapat dan saya kira UMNO adalah wadah untuk menyuburkan proses demokrasi di negara ini.

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering dilihat mengkritik kepimpinan UMNO.
Mukriz berkata ayahnya berbuat demikian kerana sayangkan parti.
"Presiden (Datuk Seri Najib Razak) bukannya jenis yang tidak boleh terima teguran. Saya pun sebelum ini pernah mengatakan teguran dari Tun ialah sebab sayang.
"Saya kenal beliau, saya rapat. Kalau dia tak tegur, maksudnya dia tak sayang. Kalau dia masih tegur dia rasa masih lagi ada sesuatu yang perlu dikongsi sama untuk kebaikkan bersama," katanya semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Apabila ditanya mengapa Dr Mahathir sering mengkritik kepimpinan UMNO, Mukhriz berkata "ini bukan sesuatu yang boleh ditinggal begitu sahaja."
"Dia sudah pernah menjadi presiden parti untuk 22 tahun. Ini bukan sesuatu yang boleh ditinggal begitu sahaja. Sebab dia sudah sayang lama.
"Yang dia nak adalah yang terbaik untuk kita. Saya rasa tegurannya positif. Yang penting apa yang kita akan dilakukan apabila ditegur begitu.
"Saya rasa teguran itu masih bersifat berhemah... tidaklah sampai tahap mengata orang. Terpulang kepada kita, adakah kita akan bertindak?" tanyanya.
Di dalam tulisan terbaru Dr Mahathir di dalam blognya, beliau menggalakkan perwakilan UMNO untuk menegur pemimpin.
"Tanpa teguran, pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
"Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat," katanya.

Tetapi semalam keluar lagi artikel "Mukhriz harus letak jawatan jika tidak nyatakan sokongan terhadap Najib - Adun Kedah"- rujuk di sini

Apakah maksud semua ini?

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir harus meletakkan jawatannya sekiranya tidak dapat menyatakan pendiriannya tentang sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ini adalah pendapat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang memberitahu SuaraTV bahawa Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional dan sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, lebih baik beliau meletakkan jawatannya.
Ahmad Lebai ditemuramah oleh Suara TV selepas perjumpaan tergempar pemimpin UMNO Kedah hari ini, di mana Mukhriz dikatakan berbeza pendapat dengan mereka yang hadir.
Mukhriz dilaporkan berkata akan menunggu siasatan terhadap 1MDB selesai sebelum menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Ahmad Lebai berkata 1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Najib.
Beliau turut berkata kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh mereka yang hadir di perjumpaan tersebut, termasuk Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom.
“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”
“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan,” katanya kepada SuaraTV.
Kebelakangan ini, Najib sering dikritik keras oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimana beliau membangkitkan pelbagai isu termasuk isu 1MDB.
Sementara itu, Najib berkata beliau tetap menghormati Mahathir seperti mana beliau menghormati rakyat Malaysia yang lain.

JOMO: Kita kena beri peluang dan percaya kepada pemimpin... Rasanya semua bebas memberi pandangan dan sokongan... Yang buruk kita tolak dan yang baik kita ambil... 

Bagaimana Pendapat Kalian?

9 comments:

  1. Mat Lebai Sudin tu pengampu Najib, sebab itulah dia mengampu Najib, mungkin ingat dengan mengampu sedemikian, maka Datuk Seri Mukhriz akan diainaya dan dipecat dari jawatan MB serta Mat Lebai Sudin itu akan dilantik jadi MB Kedah yang baharu.

    Berangalah kau Mat Lebai Sudin, kau kalau Najib lantik kau jadi MB Kedah, ibarat melantik kambing menjadi MB sahajalah. Kau boleh jadi MB juga Mat Lebai Sudin, tapi bukan Menteri Besar, tapi Memang Bangang, sesuailah dengan pemikiran bangang Mat Lebai Sudin ni.

    ReplyDelete
  2. Isu 1MDB itu, Tun Dr. Mahathir membangkitkannya kerana melibatkan kos yang sangat besar yang boleh meruntuhkan ekonomi Malaysia jika tak diuruskan dengan betul, dari RM 42 bilion sekarang dah jadi RM 45 bilion, itu baru hutang pokok, tak masuk faedahnya yang bayar kepada Goldman Sachs sebanyak 10% dari hutang itu, itu bukannya bayar faedah, tapi bayar kos pengurusan, kalau 10% dari RM 45 bilion, sudah RM 4.5 bilion, kemudian syarikat milik Jho Low yang boleh pula gunakan dana 1MDB buat pelaburan itu dan ini, masalahnya sekarang ini adalah siapakah Jho Low itu, dia itu pegawai atau kakitangan di 1MDBkah? Apakah pegawai di 1MDB termasuklah penasihat, pengerusi, presiden, pegawai atasan semuanya bodoh tak tahu menguruskan dana 1MDB hinggakan orang yang bukannya sebahagian dari 1MDB seperti Jho Low itu pula yang menguruskan dana 1MDB? Mengapakah dilantik orang-orang bodoh menjadi pegawai atasn di 1MDB?

    Kalau Mat Lebai Sudin dan kuncu-kuncu Najib boleh terangkan isu ini secara ilmiah berserta bukti serta membuktikan bahawa 1MDB ini memang berfaedah kepada Malaysia dan rakyat Malaysia dan tidak memudaratkan ekonomi Malaysia? Jika mereka boleh berikan penjelasan dan jawapan yang benar dan itu semua tidak memudaratkan Malaysia, maka saya akan menyokong Najib sekarang juga.

    Jika tak mampu tu, maka Mat Lebai Sudin perlu utus surat perletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Lada kerana dia sudah mengesahkan bahawa dia memang jahiliyah bodoh dan tak layak jadi ADUN kerana hanya mampu menjadi penyokong membuta tuli, menyokong tanpa berfikir mungkin kerana tak reti berfikir hingga mendatangkan kerugian dan masalah. Johari Baharom pun sama, kau sokong sangat Najib sebab kau tu dilantik jadi Penasihat kepada Najib mengenai Koridor Ekonomi Utara, entah apalah yang dinasihatkan, pembangunan jadah apa yang dibuat, kebanyakkan usaha diusahakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mukhriz dan barisan exconya.

    ReplyDelete
  3. Kejahilan para penyokong membuta tuli Najib yang tak tahu berfikir sebab bodoh dan dungu ini yang terus memberikan komen-komen yang bodoh dan dah terang-terangan kelihatan berniat jahat ini hanya menyerlahkan kepandiran mereka yang cuba menjadi pengampu Najib dengan harapan mendapat tempat yang lebih tinggi seperti Mat Lebai Sudin yang berangan jadi Menteri Besar ganti Y.A.B. Datuk Seri Mukhriz, tapi orang macam Mat Lebai Sudin ni layak jadi MB, bukan Menteri Besar, tapi Memang Bangang, kerana pemikiran bangangnya itu tak layak untuk dia jadi Menteri Besar.

    Semakin banyak pengampu Najib yang bodoh dan dungu tak tahu berfikir ini nak ampu Najib dengan memburukkan pihak yang sealiran dengan Tun Dr. Mahathir, maka makin terserlahkan kedunguan mereka.

    Ini kerana Tun Dr. Mahathir dan pihak yang sealiran dengannya mempunyai maklumat, mereka mengkritik berdasarkan maklumat yang mereka saring dan tapis untuk mencari kebenaran.

    Tetapi para pengampu Najib yang bangang dan bodoh tak tahu berfikir ini hanya pakai main hentam sahaja menuduh itu dan ini, maklumat tak ada, malahan ada yang direka-reka hingga menjadi senjata makan tuan menelanjangkan perangai buruk mereka sendiri.

    Inilah bezannya Tun Dr. Mahathir dengan pihak yang menyokong Najib di mana Tun Dr. Mahathir dan kumpulan sealiran dengannya yang berbuat sesuatu dengan berdasarkan maklumat yang sahih serta bukannya nak menyerang sesiapa pun atau nak merampas jawatan perdana menteri atau jawatan yang dipegang oleh pengampu Najib itu, tetapi apa yang dikritikan itu untuk kepentingan negara dan rakyat serta parti.

    Bukannya macam puak-puak Najib dan para pengampu mereka, mereka hanya merapu yang bukan-bukan, tak ada maklumat tapi berlagak pandai, jahil berlagak cerdik, akhirnya menelanjangkan perangai buruk mereka. Mereka ini menyokong Najib bukannya kerana pentingkan negara dan rakyat tapi mahukan perhatian Najib supaya mereka samada dikekalkan dengan jawatan dan imbuhan yang diberikan sekarang atau melompat dengan lebih tinggi ke jawatang lebih tinggi itu.

    Inilah beza Tun Dr. Mahathir dan kumpulan sealirannya yang ikhlas untuk negara dan rakyat serta parti tetapi kumpulan pengampu Najib dan Najib sendiri hanya mementingkan diri, mengejar jawatan dan pangkat serta syok sendiri.

    Inilah beza antara pemimpin bertaraf dunia dengan penyokong yang berfikiran waras berbanding pemimpin cap ayam yang sangat teruk dan tak bertanggungjawab dan penyokongnya yang dungu menyokong membuta tuli serta tamak.

    ReplyDelete
  4. Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang licik.

    Tun Mahathir vs DS Najib adalah satu sentuhan peribadi Tun M untuk menggilap DS Najib menjadi seorang pemimpin ulung Malaysia dan Dunia.. Tun Mahathir sering kali mengingat kita, kita perlukan pembangkang yang hebat untuk menjadi teras check & balance kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak punya kekuatan 2/3 pun. Pembangkang yang ada pula berada pada tahap sampah yang hanya berlegar pada soal liwat, pergeseran antara parti dalam soal hudud, air, MB Selangor dan sebagainya yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan penyatuan rakyat berbagai kaum buat negara Malaysia. Di sinilah Tun Mahathir hadir sebagai check & balance yang paling anjal kepada DS Najib agar tidak terjebak seperti Tun Mahatathir yang telah dimanipulasi oleh orang sekeliling yang tidak jujur dan amanah. Itu sebabnya IMDB dikritik hebat hingga DS Najib mengumumkan supaya ianya diaudit setelus-telusnya secara terbuka dan tidak ada peluang buat sesiapa untuk mengambil kesempatan terhadap asset Negara ini. Apabila Tun Mahathir menggesa DS Najib untuk berhenti daripada jawatan PM dan Presiden UMno, ahli UMno dan rakyat harus sedar bahawa gesaan ini dibuat oleh seorang Negarawan yang telah bersara dan tidak punya apa2 pengaruh dalam kerajaan dan juga parti. Tak punya kesan apa2 pun. Ketika Tun Mahathir memegang kuasa dulu hampir setiap waktu gesaan seperti ini timbul dari dalam dan juga luar Negara. Saya percaya niat Tun Mahathir ikhlas demi Negara Bangsa dan Agama Islam seadanya. Isu Altantunya pula sahaja ditimbulkan agar satu usaha besar-besaran dilakukan oleh semua pihak agar kisah ini tidak terus dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi ianya satu kisah rakyat yang akan dikenang sepanjang zaman, hingga anak cucu kita akan menjadi kisah ini satu momokan untuk mempermainkan PM Najib sekeluarga selama-lamanya. Satu tindakan tegas sangat perlu dilakukan oleh DS Najib dan juga pihak berkuasa agar isu yang telah tersiar raya selama lapan tahun ini dinoktahkan terus daripada alam maya ini.. Hakikatnya Tun Mahathir sayangkan DS Najib lebih daripada anak beliau sendiri… Hanya beliau sahaja yang tahu niat sebenar atas tindakan yang beliau lakukan. Diharapkan ramai yang akan faham apa yang terjadi ini adalah satu perkara baik yang akan menguatkan lagi kerajaan UMno BN yang bertunjangkan Islam ini agar terus berkuasa di bumi Malaysia dan bukannya puak sesat yang dipimpin oleh Nuar jubury dan rakan sekutunya

    ReplyDelete
  5. Sapa kata rakyat sokong najib.. Hanya kaki Pengampu yg sokong najib. Kami rakyat dah mula tolak najib dan menteri2nya yg tidak kompetent langsung. Belum habis isu gst dah timbul isu epf Pulak.. Tak ada perasaan langsungkah najib ni..sokongan dari cawangan tidak mengambarkan siapa yg rakyat berpihak. Semuanya hanya syok.sendiri. Saya selaku ahli umno.akan.memangkah pihak.lawan.Sekiranya umno masih belum.berubah dan.tidak.mengaku kusilapaN dolakukan tell dilakukan.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya ramai yang duk tunggu nak ambil tempat Mukriz.
    Rakyat sedang memerhatikan.

    ReplyDelete
  7. Tanpa Kritikan Tun M Adakah UMNO/BN Akan Semakin Kuat Pada PRU ke 14 Nanti?

    Pada pagi 5 Mei 2013 UMNO/BN melangkah ke PRU 13 dengan KEYAKINAN yang begitu TINGGI bahawa mereka akan berjaya memperbaiki keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.

    Keyakinan yang BERASAS di sokong oleh faktor faktor berikut;

    1. Pada PRU 13 SOLIDARITI dan MORAL di dalam Umno berada di tahap antara yang paling UTUH dan TINGGI sepanjang sejarah Umno. Di mana kesemua 3.4 juta ahli parti di segenap lapisan berdiri teguh di belakang kepimpinan DSN. Begitu hebat sokongan mereka sehingga hampir setiap 'campaign material' tertera gambar PM dan perkataan 'I LOVE PM'.

    2. Pada PRU 13 kita ahli UMNO di yakin kan oleh kepimpinan parti bahawa pemilihan 222 calon calon BN ketika itu akan saring dengan begitu rapi dan teliti di mana hanya calon yang layak di gelar 'WINNABLE CANDIDATE' sahaja akan di pilih untuk mewakili BN.

    3. Pada PRU 13 UMNO/ BN mendapat kerjasama serta bantuan dari bekas bekas pemimpin nya dan negarawan seperti Tun Mahathir, Tun Daim dan sebagainya yang turun sama berkempen membantu calon calon BN.

    4..Pada PRU 13 rakyat di katakan berada di dalam suasana 'Feel Good' dengan pemberian dua pusingan BRIM.

    5. Pada PRU 13, TIADA isu isu kontroversi dan mencabar yang TIDAK MAMPU di pertahankan secara rasional. Isu yang paling besar ketika itu cuma lah isu NFC berjumlah RM250 juta yang melibat kan Ketua Wanita UMNO Dato Shahrizat. Malah perletakan jawatan Shahrizat sebelum PRU 13 secara tidak langsung memberi imej positif kepada UMNO/BN yang di lihat sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak pernah sesekali berkompromi dengan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh sesiapa sahaja termasuk lah oleh Menteri kabinet nya.

    Tetapi pada pagi 6 Mei 2013 apabila keputusan penuh PRU 13 di umumkan, harapan kita untuk melihat BN menguasai majoriti 2/3 kerusi di Parlimen BERKECAI apabila BN HANYA memenangi 133 kerusi berbanding 140 yang di menangi nya pada tahun 2008.

    Jadi persoalan nya adakah pada PRU ke 14 nanti dengan PELBAGAI isu kontroversi seperti 1MDB, gaya hidup anak isteri DSN, kos sara hidup yang semakin melangit dengan pelaksanaan GST, pengangguran di kalangan anak muda Melayu dan TANPA kritikan Tun M, ADAKAH prestasi UMNO/BN akan LEBIH BAIK berbanding PRU ke 13?

    ReplyDelete
  8. Tanpa Kritikan Tun M Adakah UMNO/BN Akan Semakin Kuat Pada PRU ke 14 Nanti?

    Pada pagi 5 Mei 2013 UMNO/BN melangkah ke PRU 13 dengan KEYAKINAN yang begitu TINGGI bahawa mereka akan berjaya memperbaiki keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.

    Keyakinan yang BERASAS di sokong oleh faktor faktor berikut;

    1. Pada PRU 13 SOLIDARITI dan MORAL di dalam Umno berada di tahap antara yang paling UTUH dan TINGGI sepanjang sejarah Umno. Di mana kesemua 3.4 juta ahli parti di segenap lapisan berdiri teguh di belakang kepimpinan DSN. Begitu hebat sokongan mereka sehingga hampir setiap 'campaign material' tertera gambar PM dan perkataan 'I LOVE PM'.

    2. Pada PRU 13 kita ahli UMNO di yakin kan oleh kepimpinan parti bahawa pemilihan 222 calon calon BN ketika itu akan saring dengan begitu rapi dan teliti di mana hanya calon yang layak di gelar 'WINNABLE CANDIDATE' sahaja akan di pilih untuk mewakili BN.

    3. Pada PRU 13 UMNO/ BN mendapat kerjasama serta bantuan dari bekas bekas pemimpin nya dan negarawan seperti Tun Mahathir, Tun Daim dan sebagainya yang turun sama berkempen membantu calon calon BN.

    4..Pada PRU 13 rakyat di katakan berada di dalam suasana 'Feel Good' dengan pemberian dua pusingan BRIM.

    5. Pada PRU 13, TIADA isu isu kontroversi dan mencabar yang TIDAK MAMPU di pertahankan secara rasional. Isu yang paling besar ketika itu cuma lah isu NFC berjumlah RM250 juta yang melibat kan Ketua Wanita UMNO Dato Shahrizat. Malah perletakan jawatan Shahrizat sebelum PRU 13 secara tidak langsung memberi imej positif kepada UMNO/BN yang di lihat sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak pernah sesekali berkompromi dengan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh sesiapa sahaja termasuk lah oleh Menteri kabinet nya.

    Tetapi pada pagi 6 Mei 2013 apabila keputusan penuh PRU 13 di umumkan, harapan kita untuk melihat BN menguasai majoriti 2/3 kerusi di Parlimen BERKECAI apabila BN HANYA memenangi 133 kerusi berbanding 140 yang di menangi nya pada tahun 2008.

    Jadi persoalan nya adakah pada PRU ke 14 nanti dengan PELBAGAI isu kontroversi seperti 1MDB, gaya hidup anak isteri DSN, kos sara hidup yang semakin melangit dengan pelaksanaan GST, pengangguran di kalangan anak muda Melayu dan TANPA kritikan Tun M, ADAKAH prestasi UMNO/BN akan LEBIH BAIK berbanding PRU ke 13?

    ReplyDelete
  9. orang Melayu.

    Mahazalim Celaka Mahathir ini dipanggil sedemikian kerana ada beberapa ramai orang Melayu yang diRAMPAS IC, PASSPORT dan diKUBURkan mereka di Nilai Memori Park.Orang Melayu ini yang digunakan nama mereka sewaktu Mahazalim Mahathir bersama dgn Daim Vampire merompak "duit=aset" dan Nor Mohamad Yaacob merupakan talibarut di Bank Negara yang menjayakan kerja haram Mamak Kutty dan Daim Vampire. Mereka ini dibiarkan kesedihan, hidop melarat, tanpa pembelaan, macam mana nak kerja...IC pon diRAMPAS rejim kejam Mahazalim Mahathir...yang terlalu amat Jahat Busuk Lagi Celaka Besar ini.

    MahaFiraun panggilan sinonim dgn laungan Reformasi tahun 1998, kerana Mahathir mengamalkan sistem kuku besi ISA yang disalah gunakan oleh Rejim Laknatullah Mahathir Pukimak.Lebih dashat lagi bila MahaFiraun untuk mengekalkan jawatan, MahaFiraun ini melaga-laga kepimpinan Tun Ghafar dengan Anwar Ibrahim. Anwar si Peliwat Tegar lebih senang diperkudakan oleh MahaFiraun berbanding Tun Ghafar yang lebih kuat memperjuangkan Melayu, bukan macam Tamrin Puaka Lintah Darat yang amat Celaka.

    Muthakir ini, Mahazalim MahaFiraun, MahaLanun, MahaPerompak Mahathir Sial ini sudah meroyan,NYANYOK...takut kepada kematian, takut bila mengingatkan dosa-dosa silam yang siang malam menghantui benak fikiran Mahathir. Tak mustahil, sedikit demi sedikit Nikmat Kehidupan ditarik drp Mahazalim ini, yang tinggal hanya penyesalan, ketakutan dan NYANYOK akan semakin menjadi-jadi...akan ada banyak lagi siri pendedahan pekung sendiri Mahathir nanti.. kita sama tunggu.

    Mukhriz, anak Mahazalim ini memalukan Orang-orang Melayu UMNO Kedah, tidak dapat membezakan antara sokongan kepada Jemaah UMNO secara keseluruhan seperti lain-lain UMNO Negeri, dalam menyatakan sokongan kepada Pucuk Pimpinan Parti..Terutama Presiden Parti YAB DS Mohd Najib. Mukhriz tidak tahu mana mahu pilih antara AYAHAND MAHAZALIM FIRAU, LANUN, PEROMPAK dengan Najib, Ketuanya sendiri...

    Mana sikap professional dan keislaman Mukhriz..taatlah kamu kpd Allah, Rasul dan Ulul'Amri?

    Apakah bila Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia, Mahathir diugut oleh pihak US, maka Mukhriz pun akan AKAUR TUNDUK SETIA pd pihak Amerika kerana menyokong dan menyelamatkan AYAHANDA Mahazalimnya?

    Jadi kepentingan umum, rakyat, raja, tanahair akan diketepikan sama sekali.

    Jadi telahan dan Gesaan Dato Ahmad Lebai Sudin supaya Mukhriz letak jawatan amat TEPAT DAN WAJAR sama sekali.

    Desakan demi desakan harus dibuat supaya MUKHRIZ meletakkan jawatan secepat kerana MUKHRIZ tidak tahu memilih mana dia harus TAAT dan turut perintah..

    Kalau semua POLIS, ANGKATAN TENTERA, PEGAWAI KERAJAAN mengikut JEJAK LANGKAH Mukhriz...ini amat merbahaya pd Kerajaan..Jadi MUKHRIZ,,, Bila Lagi Nak Letak Jawatan..lepas tuu Hang pie lah sokong Mamak Kutty hang tuu...

    ReplyDelete