Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 14 April 2015

Langkah Bijak! Pemuda UMNO Jumpa PM DS Najib Dapat Penjelasan ISU Semasa...


Image result for pemuda UMNO

Pemuda UMNO yang mengadakan perjumpaan semalam telah menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Abd Razak... Sokongan itu diterjemahkan selepas perbincangan isu antara Presiden UMNO dan Pemuda UMNO Malaysia...

Apa yang terbaik adalah mendengar penjelasan sendiri daripada Presiden UMNO dan kita perlu mendasari apa juga yang dilakukan demi kestabilan UMNO... Ianya satu langkah kehadapan yang dilakukan oleh kepimpinan pemuda untuk mendapatkan penjelasan daripada DS Najib sendiri...

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO hari ini menzahirkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam mentadbir negara.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata walaupun ketika ini kerajaan berdepan pelbagai cabaran, beliau percaya ia dapat diatasi dengan sebaik mungkin. 
Lebih-lebih lagi, tambah Khairy, apabila Najib memberi penjelasan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kepimpinan UMNO. 
Antaranya isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), isu Altantuya dan jet kerajaan.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai keikhlasan kepimpinan UMNO yang dikatakan palsu terhadap UMNO, Khairy menjelaskan, sokongan Pemuda UMNO terhadap UMNO bukan secara membuta tuli. 
"Kalau kita bagi sokongan membuta tuli kepada pemimpin yang bagi pandangan dan pendapat, kita tak boleh pertahankan. Bukan saja pemimpin itu akan jatuh, tetapi kapal UMNO akan karam dalam pilihanraya akan datang. 
"Kenapa kita nak bagi sokongan palsu? Saja nak bermuka-muka depan Presiden, depan Perdana Menteri, cuma semata-mata nak jaga kedudukan kita? 
"Mungkin saya ada jawatan, tetapi Exco Pemuda UMNO rata-rata tidak ada jawatan dalam kerajaan. Mereka adalah pemimpin akar umbi. 
"Tak mungkin mereka akan memberi keyakinan kepada saya bahawa Pemuda sokong presiden sekiranya mereka rasa presiden kita tidak layak untuk disokong," kata Khairy ketika ditemui pada sidang media Majlis Perjumpaan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin.
Sejurus selesai majlis, Najib diarak kalangan pemuda UMNO beramai-ramai tanda sokongan padu terhadap beliau. 
Sementara itu, Menurut Khairy lagi, Pemuda UMNO berharap Presiden UMNO akan terus mendekati rakyat dan menjelaskan beberapa isu yang menjadi kekeliruan dan tanda tanya mereka selama ini.-sumber

JOMO: Saya juga ingin cadangna, langkah yang lagi bijak juga jika Pemuda UMNO pergi berjumpa dengan Tun Mahathir bagi mengetahui apa yang tersirat dihati beliau. Saya juga setuju dengan padangan YB KJ sebelum ini, jangan tolak pandangan Tun M... Mungkin sebagai AYAH kepada semua Ahli UMNO (Pemimpin paling lama menerajui UMNO...) ada baiknya jika pemuda juga mendapatkan penjelasannya... -Sekadar cadangan untuk tidak mengeruhkan keadaan... 

Apa itu taat kepada pemimpin?

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawaahan.

Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)-sumber


1 comment:

  1. Sampai kini Najib tidak menjelaskan apa yang sebenarnya, hanya merapu itu dan ini.

    Letak jawatanlah Najib, rakyat meluat dengan cara melingkup kamu ini.

    ReplyDelete