Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 21 April 2015

Kenyataan YDP PAS Permatang Pauh! Tiada PILIHAN, Jerat kepada PKR ?

Merujuk kepada kenyataan media PAS Kawasan Permatang Pauh berkaitan desakan PKR menarik balik bantahan kepada Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan (hudud) dan tidak akan mengundi menyokong Rang Undang-undang Pindaan akta Mahkamah Syariah oleh PAS.

1. Kenyataan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh itu adalah mewakili suara akar umbi PAS Kawasan. Bukan pendirian peribadi beliau. Ianya adalah Usul oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Permatang Pauh pada 19 April.

2. Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan MAT PAS Kawasan sayangkan Pakatan Rakyat (PR) dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PR. Ini disebabkan PR berisiko kehilangan undi ahli PAS dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian maka penduduknya juga dari kalangan mereka yang kuat fahaman agama. Ini adalah luahan ahli dan pengundi-pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh PAS Kawasan dan Cawangan. Malah ianya juga telah disuarakan semasa perbahasan usul dalam MAT tersebut.

3. Hudud adalah perkara yang Dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ianya adalah syariat (perintah) Allah yang wajib hukumnya untuk dilaksana ke atas umat Islam. Membantah dan mempertikaikannya akan merosakkan aqidah umat Islam.

4. Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin juga telah digariskan oleh Islam. Jadi apa pula hukum mengundi calon yang menolak hudud ?

5. Sudah tentu haram dan berdosa, bertepatan dengan maksud Surah an Nisa ayat 85,

” Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

6. Bagi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk terus kekal menjadi milik PR dalam PRK pada 7 Mei ini, maka MAT PAS Kawasan Permatang Pauh mendesak agar PKR dan pemimpin-pemimpinnya yang telah menolak dan menghina Hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan tersebut.

Ustaz Badrul Abdul Rahman
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Permatang Pauh
20 April 201

JOMO: Kenyataan politik yang cukup halus bagi memastikan game PKR terbantut! Tiada pilihan kepada PKR jika mahu selamatkan parlimen Permatang Pauh.

2 comments:

  1. PKR terpaksa pilih antara DAP dan PAS. Untuk terus relevan, PKR terpaksa menjilat dan jadi anjing DAP. Kalau PKR ingin kan PAS, PKR tahu masa depan tidak terjamin kerana ketum dalam jail. Sebagai pemerhati politik, biar mampus dengan PKR. Kita pastikan survival PAS dan signal kepada DAP dan PKR bahawa PAS mempunyai kekuatan dalam meniti masa depan politik Negara.

    ReplyDelete
  2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete