Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 27 April 2015

Dewan Pemuda Pas Sah "Boikot" PRK Permatang Pauh...

BUTTERWORTH - Dewan Pemuda Pas Kawasan-kawasan (DPPK) hari ini menyatakan sokongan padu terhadap pendirian Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (DPPNPP) untuk tidak membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Sokongan itu disuarakan lapan ketua pemuda DPPK iaitu Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi Mohd (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).

"Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadab Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Adalah dipertegaskan di sini bahawa, pendirian DPPNPP bukanlah pendirian peribadi ketua pemudanya (Mohd Yusni Mat Piah) sahaja, malah adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP. 

"Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua Exco DPPK kami," kata mereka dalam kenyataan media di sini hari ini.   

Semalam, Mohd Yusni dalam kenyataan medianya bertegas tidak akan membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam PRK Parlimen Permatang Pauh.   

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Abdul Hadi, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.

Menurut kenyataan itu, mereka turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Pemuda Pas pusat Suhaizan Kaiat yang dilihat tidak budiman dalam menguruskan isu berkenaan.

Mereka berkata sebagai anak muda di Pulau Pinang, mereka sentiasa berdiri teguh menunjangi kepimpinan ulama yang dikemudi Abdul Hadi dalam menegak cita-cita mendaulatkan Islam di negara ini. 

Kemelut yang melanda kempen pakatan pembangkang sebelum ini dianggap selesai selepas Presiden PKR yang juga calon parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Pas Permatang Pauh dua hari lepas.

Yang Dipertua Pas Permatang, Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/politik/sokong-pendirian-pemuda-pas-p-pinang-1.384197

JOMO: Habislah PKR kali ini... Bakal lingkup... Minta "nyawa" ngan budak-budak PASMA jerlah...

1 comment:


  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete