Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 25 April 2015

Bocor! Rupanya Memang "Agenda" Mereka Letakkan Wan Azizah Jadi Calon...?

Secara luaran dikatakan pemilihan Wan Azizah menjadi calon P44 Permatang Pauh disebabkan ketandusan calon dalam PKR bagi memastikan kemenangan PKR di sana adalah kekal...

Rupanya melalui maklumat dalaman yang baru penulis dapat sememangnya ini adalah agenda sejak dari awal lagi bagi meletakkan Wan azizah sebagai calon... Pelik!

Kumpulan ini bergerak secara halus bagi memastikan agenda mereka tercapai demi kuasa yang mereka bakal perolehi...

Kenapa?

Umum mengetahui Wan Azizah adalah presiden parti merangkap ADUN Kajang. Sememangnya kumpulan ini telah mengetahui bahawa dilihat Wan Azizah tidak lagi lagi untuk memimpin dalam keadaan parti yang haru biru dan dalam keadaan DUN Kajang sendiri begitu banyak masalah... Apatah lagi ditambah dengan masuknya Anwar ke dalam penjara.

Isu yang banyak diperkatakan dalam PKR ialah kegagalan dan ketidakmampuan Wan Azizah untuk memimpin parti... kumpulan kumpulan lain dalam PKR belum boleh menarik nafas lega dengan pemilihan ini... Kenapa?

Dikatakan kumpulan yang menggerakkan usaha untuk menekan dengan memberi bebanan kepada Wan Azizah ini telah mula bergembira dengan kejayaan pertama mereka... mereka dikatakan akan meneruskan gerak kerja kedua dengan menampakkan Wan Azizah tidak kompiten, lemah, tidak mampu bekerja dengan begitu banyak bebanan dan tanggungjawab...

Menang atau kalah di Permatang Pauh bukan lagi agenda utama mereka, tetapi mereka ingin melihat Wan Azizah berada dalam keadaan yang tertekan dan tidak berupaya untuk berfungsi bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen atau ADUN tetapi sebagai Presiden Parti...

Kalau sebelum ini Wan Azizah sentiasa didampingi oleh DS Anwar, namun kini beliau terpaksa berdiri atas kaki sendiri... Keadaan sama berlaku apabila PKR hampir tidak bernyawa pada Pilihanraya Umum tahun 2004...

Gerakan ini akan membuahkan hasil untuk pemilihan yang akan datang... Isu kelemahan Wan Azizah untuk memimpin akan dimainkan oleh mereka secara berterusan sehingga pemilihan akan datang dan akhirnya mereka akan muncul dengan kekuatan yang ada dengan mengangkat  pemimpin baru bagi menerajui PKR...

Isu nepotisme tidak boleh dinafikan oleh keluarga Anwar ini, bagi pilihanraya PP ini mereka akan terus meraih simpati dengan apa yang terjadi kepada keluarga mereka...

Jika benar isu-isu nasional dan kelemahan kerajaan ketika ini menjadi modal mereka, sepatutnya mereka boleh meletakkan sesiapa sahaja untuk menjadi calon... Namun semua itu hanyalah gimik dan game politik semata-mata...

Berbalik kepada isu gerakan kumpulan halus dalam PKR ini, mereka tidak pernah berdiam diri dan duduk saja... Apa yang penting bagi mereka adalah memastikan PKR akan mendapat Presiden baharu menjelang pemilihan parti yang akan datang... DS Anwar bukan lagi penghalang untuk mereka kerana penghalang utama ketika ini adalah Wan Azizah sendiri, keluarga beliau dan orang-orang yang berdiri teguh dibelakang beliau...

Endingnya mudah: Wan Azizah terbeban dengan masalah dan tanggungjawab... Beliau tidak lagi mampu memimpin dan beliau perlu ditukar!

Jomo: Pengundi pastinya dalam keadaan dilema... Masakan tidak, PKR ketandusan pemimpin dan untuk pengundi bersedialah untuk menempah masalah jika mengundi Wan Azizah untuk PRK ini.

P/S: Pengundi kajang rindu dengan Kak.Wan, lama tak turun kawasan... turun waktu bajir jer ker? Itupun masalah tak selesai lagi...

2 comments:

  1. Seronoknya orang yg berdiri sebelah calon pkr tu. Perancangan menjadi. Kalau pkr kalah di permatang pauh, itu berita paling baik. Reputasi presiden parti & adun kajang akan tercalar. Utk pemilihan akan datang pasti jawatan presiden WAJIB BERTUKAR... Licik, tapi mudah dibaca.... Wan azizah je lupa baca...kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete