Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 31 March 2015

PENTING! POTA SATU KEMESTIAN! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KBAB51


KELOMPOK mereka ti­dak kira individu atau berkumpulan menyusup ke Syria dan Iraq dari mana-mana sahaja. Malah ‘lubang tikus’ sekali pun.

Mereka ingin mati syahid dan masuk syurga dengan menyertai kumpulan militan IS. Mende­ngar hebahan pembentukan ‘negara daulah Islamiah’ akan didirikan telah mendorong ramai anak muda dari seluruh dunia ke sana bagaikan magnet.

Ini manifestasi gelodak anak muda yang kononnya ingin menjadi seperti Saidina Hamzah, menjadi AhlBadar, ingin mati syahid kerana mati syahid membawa ke syurga.

Daripada 12,000 rakyat asing yang sudah bersama IS, 71 orang adalah rakyat Malaysia, terma­suklah remaja perempuan yang sanggup menjadi isteri pejuang IS. Kononnya pengorbanan akan membawa mereka ke syurga. Sejumlah 10 rakyat Malaysia setakat ini terbunuh di Syria.

Pejuang yang ingin bersama IS ini datang dari merata pelosok dunia. Dari kepulauan Carribean, Amerika Selatan, rantau Caucasus, Asia Tenggara, Balkan, China dan segenap ceruklah.

Perjuangan di Syria-Iraq satu hal. Satu hal lain pula yang lebih membimbangkan, setelah bertempur di dua negara Arab itu, mereka ini akan pulang atau menyusup ke negara asal.
Jaringan penyeludupan manusia ini, yang lebih kritikal daripada pendatang asing tanpa izin yang dahagakan rezeki, amat berbahaya. Tidak ada yang akan memeriksa pasport mereka, tiada mesin pengimbas mental mereka. Tidak ada yang peduli kenapa mereka datang atau pergi. Mereka akan menggunakan jaringan itu.

Kalau di Amerika Syarikat, penyusup-penyusup ini yang telah mendapat pengalaman militan di Syria-Iraq menggunakan laluan dari Jamaica, Trinidad & Tobago, Surinam, Venezuela dan Panama untuk ke Amerika.

IS suatu rangkaian antarabangsa. Mereka tiada sempadan. Mereka mahu wujudkan wilayah baharu yang diuruskan pemerintah yang benar-benar berlandaskan acuan Islam.

Atas sebab-sebab inilah amat bertepatan rang undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) akan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam sidang Dewan Rakyat pada waktu terdekat ini.

Dalam pembentangan itu, pindaan lima rang undang-undang lain termasuk Kanun Keseksaan (Penal Code) juga akan dilakukan.

Rang Undang-undang baharu ini bakal dilengkapi dengan pakej pemulihan dan pemantauan berterusan bagi kes dalam negeri serta memberi ruang kepada tahanan mendapatkan keadilan melalui semakan kehakiman.

Sebenarnya Malaysia sendiri ada pengalaman berdepan Al-Maunah atau Jemaah Islamiah (JI) yang dulu­nya dianggap kumpulan radikal. Ketika itu tiada undang-undang pencegahan dan atas sebab itulah pencegahan lebih baik daripada pengubatan.

Ini kerana undang-undang sedia ada adalah satu tindakan pendakwaan selepas peristiwa berlaku. Tetapi dalam rang undang-undang baharu ini, ia satu usaha pence­gahan sebelum kes berlaku.
Maka, kesungguhan dan keseriusan kerajaan merealisasikan POTA ini cukup penting.

Bukan hanya disebabkan pe­gangan ideologi tetapi juga kepercayaan mereka. Apa yang dikhuatiri ialah mereka menggunakan al-Quran, hadis dan ijmak ulama mengikut tafsiran sendiri berdasarkan acuan cita rasa mereka yang disesuaikan de­ngan selera politik. Bukannya taksiran sebenar, bukan Islam sebenar.

Dalam konteks ini, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) akan menjadi cerminan kepada pelaksanaan POTA nanti kerana dalam undang-undang itu tidak wujud kuasa eksekutif. POCA sendiri bukan pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ini bermakna kuasa eksekutif dalam POCA sudah dipindahkan kepada badan pencegahan yang dipengerusikan seorang hakim berpengalaman lebih 15 tahun. Ahli lembaga yang lain adalah pengamal undang-undang berpengalaman lebih 10 tahun.

Badan inilah yang akan membuat keputusan sama ada seseorang itu perlu ditahan untuk pencegahan, pemulihan atau dibebaskan.

Lembaga Penasihat akan bertindak jika orang yang ditahan itu melantik peguam, melakukan semakan kehakiman dan membawa kes kepada mereka untuk melihat keputusan yang dibuat badan pencegahan.

Ini bermakna ada dua tahap kea­dilan yang dibuat dan berdasarkan pengalaman menguruskan POCA, daripada tujuh kes yang dikendalikan, enam daripadanya dilepaskan.

Itulah perbezaan dengan ISA. Tiada pembabitan eksekutif. Tidak akan berlaku penyalahgunaan kuasa.

POTA turut memasukkan soal pemulihan. Ini sebagai jaminan mereka tidak akan mengulangi perkara sama setelah dibebaskan. Pencegahan perlu disertakan de­ngan pemulihan. Malaysia sendiri ada pengalaman menghadapi zaman darurat, soal tahanan komunis dan pulihkan mereka. Demikian juga suatu ketika dikejutkan dengan kelibat kumpulan Al-Maunah, JI dan kumpulan mujahidin Malaysia.
Tempoh penahanan dalam undang-undang baharu ini akan mengikut klausa tertentu, 30 hari, 60 hari di­ikuti penahanan dua tahun selepas badan pencegahan membuat cadangan sama ada dilanjutkan atau dibebaskan selepas itu.

Jika dibebaskan, masih ada klausa peranti elektronik akan dipasang pada badan mereka. Pergerakan mereka sentiasa dipantau berterusan. Mereka tidak terlepas begitu sahaja. Dalam soal ini juga, tiada isu penahanan mirip ala kem Guantanamo. Guantanamo tiada tempoh tahanan, tetapi POTA ada tempoh tertentu. Malah, ada badan menjaganya iaitu badan penasihat.

Akta baharu ini kelak tidak hanya fokus kepada IS semata-mata. Tetapi membabitkan semua kumpulan pengganas. Jika tidak dilakukan pendekatan holistik, itu bermakna kerajaan lepas tangan kepada pihak yang akan menggugat keselamatan Malaysia.

Adakah fundamentalisme Islam suatu ancaman kepada kesta­bilan dunia Islam dan kepentingan masyarakat Amerika atau Barat di rantau ini?

Tidak kira mitos atau realiti. Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kelmarin, ancaman IS adalah benar, dengan tangkapan dua individu setelah cuba mengancam beberapa duta Arab di negara ini.

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim ialah penganalisis isu-isu semasa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/pota-suatu-kemestian-1.75537#sthash.0pyjBEuD.dpuf

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete