Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 5 March 2015

MAZA Bertindak GOPOH... Selidikilah Dahulu Sebelum 'COP' Orang sedemikian Ryupa...


Image result for ustaz kazim


Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penye­baran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim ber­kata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.

“Saya akan membuat sidang akh­bar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.

Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pem­bacaan riwayat-riwayat palsu’.

Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasu­lullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perban­dingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.

Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah meng­gambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.


JOMO: Alahai... Kerana surat tersebut, Ustaz Kazim boleh di cop menyebarkan riwayat-riwayat palsu... Mufti pula, hanya bangkit satu perkara... Alahai Mufti... Kena tengok semua faktor, siasat dan beri peluang Ustaz Kazim beri penjelasan mengenai perkara ini... ini soal dakwah, bukan main-main!

7 comments:

  1. Kalau dah rasa hebat dan pandai pun.. biarlah berhemah pendekatannya. Perpaduan itu penting... ini memecah belahkan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Delete
  2. Dendam tersirat... Mufti apa punya "pakaian compang camping ?" Jika beliau terlalu hebat, apa kebaikan beliau untuk Malaysia ? Ukhuwah perpaduan, jauh sekali... berdakwah dan mengislamkan ratusan muallaf, saya rasa peranan Perkim jauh lebih berkesan dari Pas dan beliau sendiri yang sentiasa mencari "populariti murahan menjadi ulama seleberiti" - nyata nya ustaz Kazim lebih menonjol berpengaruh, malah pernah mendapat tawaran tertinggi dari PM Najib menduduki kerusi dakwah naungan Kerajaan Malaysia !

    Ulama yang Empat saling menghormati. Dr Asri ? Mufti Harussani juga menjadi bola tendangan beliau...

    Jika ulama itu membudayakan perangai samseng, tidak menghormatu ilmuan lain, menuduh tanpa usul periksa dan jauh dari sunnah wal jamaah pegangan Malaysia, sebaik nya Dr Asri letak jawatan dan berpolitik lah dalam kem pembangkang seperti amalan beliau sebelum ini ! Nobody cares....

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni terlalu banyak fitnah akhir zaman

    ReplyDelete
  4. Ustaz Kazim tidak mendambakan jawatan tinggi dalam kerajaan. Beliau hanya ingin memanjangkan dakwahnya melalui ceramah-ceramah beliau diseluruh pelusuk tanah air.

    ReplyDelete
  5. Si SETAN PENYAMAQ yg. benci sgt. Ustaz Datuk Kazim Elias TERCINTA kita ni, aku syak EJEN ZIONIS-BARAT/DAPBANGKAI-PKRSODOM - baik SPRM menyiasat akaun banknya!

    Yg. aku heran tu mcm. mana si BANGANG PENYAMAQ ni boleh dilantik ke jawatan tinggi dlm. Islam, spt. itu?!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete