Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 3 March 2015

Isu Banduan ke Parlimen: Peguam Negara 'WAJIB' Bagi Nasihat... @NajibRazak @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


image

Umum mengetahui, mahkamah telah putuskan bahawa Anwar bersalah dan dipenjarakan dalam isu liwat baru-baru ini... Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan tugas atas keputusan mahkamah... Pastinya, Jabatan Penjara/KDN tidak akan memenjarakan pesalah sewenang-wenangnya jika tiada 'arahan' atau 'hitam putih' daripada Mahkamah...

Perkara cukup simple dalam isu Anwar ini, mahkamah telah membuat keputusan, semua orang kena hormati keputusan mahkamah, samada dia nak keluar penjara ker, dia nak bina penjara khas untuk dia sorang ker, dia nak apa sekali pun itu dia punya hal sebagi seorang banduan... Which means, semua banduan adalah sama... Banduan tetap banduan...

Isunya, difahamkan Anwar mahu pergi ke parlimen kononnya dia adalah Ketua Pembangkang... Yerlah, banduan ni pun manusia, macam-macam perangai, macam-macam hal, kalau  tak buat 'hal' taklah jadi banduan... kan???!  Dalam hal ini, bagi saya, Peguam Negara yang arif tentang undang-undang (Kalaupun tak nak atau tak berani nak buat keputusan) WAJIB beri nasihat kepada Jemaah Menteri atau Menteri sebelum apa-apa keputusan dibuat... Tidak perlu berdolak dalik, perkara mudah jangan dibuat complicated...

Jika saya merujuk kepada, Fasal (2) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, antara lain, memperuntukkan bahawa adalah menjadi kewajipan Peguam Negara untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang. Berdasarkan peruntukan tersebut, Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memberi sebarang nasihat undang-undang kepada mana-mana orang awam.-sumber

Ini kes melibatkan soal melibatkan perundangan... Banduan ini masih claim dirinya sebagai Ketua Pembangkang dan mahu ke parlimen untuk bersidang... Ini bukan soal main-main, makan kacang, ini melibatkan soal perundangan...

Merujuk kepada Fasal (2) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan: menjadi kewajipan Peguam Negara untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang... Apa susahnya? Peguam Negara beri pandangan dan nasihat dari segi perundangan... Jemaah Menteri atau Menteri sendiri tidak punya kuasa dan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan mengenai perkara ini... Kebertanggungjawaban itu adalah terletak kepada Peguam Negara...

PKR yang mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai sidang Dewan Rakyat akan mengemukakan permohonan kebenaran kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membenarkan Anwar menghadiri sidang tersebut. 
PKR mahu Anwar menyertai sidang ini kerana beliau dianggap masih lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas membuat permohonan Diraja pada 24 Februari lalu. 
Semalam, pakar undang-undang Profesor Gurdial Singh Nijar berkata Anwar hanya boleh hadir ke Dewan Rakyat bulan depan dengan kebenaran menteri dalam negeri.

“Beliau mesti mendapatkan kebenaran daripada menteri kerana semua penjara terletak di bawah kuasa beliau. Anwar tidak mempunyai hak mutlak untuk hadir di Parlimen tetapi boleh membuat permohonan,” kata Gurdial kepada media Hari ini. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Anwar perlu mengemukakan permohonanan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membolehkannya hadir ke sidang Dewan Rakyat nanti dan bukannya mengemukakan kepada KDN. 
“Saya fikir kenyataan itu patut dirujuk kepada peguam negara. Tidak perlu ada pendapat individu, sama ada di kalangan menteri atau ahli politik. Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban itu kepada pengamal undang-undang, terutamanya peguam negara, membuat tafsiran berdasarkan Perkara 49 dalam perlembagaan, dan klausa lain yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan,” kata Zahid Hamidi. 
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati beliau bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

– sumber Utaranews.com-
Peguam Negara berilah nasihat sewajarnya berlandaskan pentaksiran undang-undang... Aku setuju dengan pandangan Menteri Dalam Negeri, kita janganlah memandai-mandai nak bagi komen terutamanta bila melibatkan undang-undang... Kita serahkan kepada mereka yang lebih arif...

JOMO: Kita hormati kebebasan ebrsuara, tapi, kenalah faham situasi... Ni bukan soal Jemaah Menteri atau Menteri takut ataupun tidak, tetapi, ini adalah soal perundangan...

6 comments:

  1. Salam bro..Keputusan mahkamah adalah selepas surat jemputan itu dihantar. Oleh itu memberi kebebasannya untuk 'keluar' bukanlah budibicara Peguam Negara atau nenek Anwar.
    Hakim sendiri tidak boleh secara peribadi memberi sebarang keputusan selepas keputusan dijatuhkan di kamar mahkamah.

    Anwar yang wajib memohon kepada mahkamah untuk dipertimbangkan. Pihak penjara atau mana-mana pihak tidak mempunyai authoriti untuk membenarkannya kecuali mendapat surat dari mahkamah yang membenarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Delete
  2. Betul tu bro, itulah yang cuba disampaikan bro. tp masih ramai tak faham. @kluangman

    ReplyDelete
  3. pemahaman sy ramai pro kerajaan terikut rentak permainan pembangkang

    ReplyDelete
  4. Perluke Anway ke sidang parlimen?? Mahkamah wajar melihat apa yg bakal anway akan lakukan....demi menghalalkan cara.....sidang tergempar??

    ReplyDelete
  5. ..kalau anwar si banduan layak banduan yg lain pun ada hak jgk..
    ..gila punya spin..

    ReplyDelete