Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 18 February 2015

TAHUN KAMBING! APA HARAPAN PRESIDEN MCA?

DATUK SERI LIOW TIOG LAI DAN DATIN SERI LEE SUN

Perutusan Tahun Baharu Cina Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyebut bahawa beliau ingin melihat perpaduan dalam politik yang belum pernah terjadi sebelum ini, ditampilkan menerusi kesederhanaan demi generasi masa depan negara.

Selain itu, beliau juga menyatakan dua lagi hasratnya iaitu untuk melihat kejayaan dalam ekonomi demi pembangunan negara yang mampan serta mengukuhkan lagi pendidikan bagi melahirkan lebih banyak modal insan kepada Malaysia.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut menyeru rakyat pelbagai kaum di Malaysia agar belajar menghormati orang lain dan mengelak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan.

Menurutnya, keikhlasan adalah formula paling berkesan untuk meningkatkan persaudaraan dalam berurusan dengan hubungan antara kaum.

“Perlu diingat bahawa dalam era teknologi maklumat ini, kita mesti lebih mendisiplinkan diri dalam mengeluarkan kata-kata kita bagi mengelak kesangsian antara kaum dan kekecohan orang ramai,” katanya menambah bahawa kesederhanaan dan pendirian yang tegas terhadap ekstremisme adalah satu-satunya cara untuk rakyat berbilang kaum di Malaysia terus menjadi sebuah negara yang progresif dan aman.-sumber

JOMO: Kata mesti dikota! Jangan lari dari landasan perjuangan...

No comments:

Post a Comment