Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 13 February 2015

PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM TG NIK AZIZ NIK MAT

KUALA LUMPUR: Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan pada pukul 10 pagi Jumaat di Masjid Pulau Melaka. Jenazah kemudian akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka.

Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini memaklumkan kenderaan shuttle disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk orang ramai yang ingin menziarahi jenazah. Kenderaan itu disediakan mulai pukul 7.30 pagi yang akan membawa orang ramai ke kediaman Allahyarham di Pulau Melaka.

Tetamu-tetamu dari kalangan pimpinan parti-parti politik dan lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.

Urusetia itu juga memaklumkan jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).

Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

JOMO: Inilah indahnya Islam. Walaupun berbeza ideologi politik, kita tetap bersama dalam satu Ummah... Salaam takziah dan kemaafan daripada saya kepada Allahyarham dan keluarganya...

Aku doakan semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman... Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati...

AlFatihah

1 comment:

  1. Assalamualaikum . Salam Tkaziah kepada keluarga Allahyarham Nik Aziz. Adakalahnya kami pengomen dalam blok mungkin terkasa bahasa atau tersinggung hati. Kami mohon ampun kepada keluarga Allahyarham nik aziz. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..AL FATIHAH.

    ReplyDelete