Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 6 February 2015

Pengarah Strategi AMK PKR Habis MODAL Serang Zahid Isu IPK Johor... DS @Zahid_Hamidi


Kasihan aku tengok Pengarah Strategi AMK PKR ni cuba mencari isu agar dilihat terus relevan dikalangan budak-budak AMK... 

Terkini, tanpa membuat usul periksa dan semakan isu, beliau dengan lantangnya meminta DS Zahid Hamidi menjawab isu IPK Johor walaupun beberapa hari sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff (ketika itu) telah menjelaskan isu tersebut. Beliau menyatakan, "Bagi pihak PAC, kita berpendapat isu mengenai kelewatan pembinaan IPK Johor sudah diambil tindakan dan tiada lagi sebarang perkara berbangkit," katanya.....di sini

Timbalan menteri Dalam Negeri juga telah memberi penjelasan mengenai isu ini pada tahun lepas... Persoalannya, apakah Pengarah Strategi AMK ini yang kelihatan hanya GAH pada nama tidak buat kerja atau kajian sebelum membangkitkan sesuatu isu? Takkanlah main dengar apa orang lain cakap jer? Nampak sangat kebodohannya... Dahlah bodoh, Malas pula tu... Tapi, nak buat macamana sudah level pemimpin muda PKR semacam itu, orang PKR kena telanlah...

Mungkin budak malas ni nak jadi HERO, di sini aku nak bagi sedikit maklumat mengenai isu IPK JOHOR ini...

Sebuah syarikat tempatan, Globe Global (M) Sdn Bhd telah memenangi tender terbuka untuk projek yang kos RM103,356,694.84 lebih daripada empat tahun yang lalu. 
Pembinaan bermula pada 28 Disember, 2010 dan dijangka siap pada 3 Ogos 2012.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah menamatkan kontraknya pada 10 Februari 2014 kerana gagal menyiapkan projek tersebut pada masa yang telah ditetapkan. 
Tambahan lagi, syarikat ini bukan sahaja menghadapi masalah kewangan tetapi kualiti kerja-kerja yang dilakukan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. 
Justeru, bagi 'menyelamatkan' projek ini, Kementerian Kewangan telah memilih 9 kontraktor di bawah sistem 'Selective Tender' dengan mengadakan sesi temu bual dan urusan formaliti yang berkaitan. 
Kerja Awam Jabatan (JKR) Cawangan Kerja Keselamatan mempunyai pada 9 Januari tahun ini telah melantik QSE Construction Sdn Bhd sebagai 'kontraktor penyelamat' untuk projek itu dengan belanjawan sebanyak RM72,800,000.
Syarikat itu telah diberi 3 Ogos 2016 untuk menyiapkan projek itu.-selanjutnya

Bukan itu sahaja, pihak PAC juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak pengurusan KDN... Aku sendiri tak nampak ada isu di sini dan masih tertanya-tanya apakah niat mereka cuba menyerang DS Zahid Hamidi menggunakan isu ini...

Kalau dikaji dari segi teknikal pula, perlantikan kontraktor dibuat pada tahun 2010, di mana pada waktu itu, DS Zahid sendiri belum lagi memegang potfolio sebagai Menteri Dalam Negeri...

JOMO: Kena banyak study budak Akmal ni... Jangan dapat isu sampai ke telinga, main tembak jer... kalau setakat nak datang lokasi kejadian, ambil gambar, budak level tadika pun boleh, siap selfie lagi...

No comments:

Post a Comment