Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 8 February 2015

PANAS! Dr Hatta DiCOP "MUNAFIK HARAKI" Oleh Penyokong Presiden...?


Konflik dalaman PAS semakin memuncak dan meruncingkan... Ini ditambah lagi dengan konflik antara PAS dan DAP yang hanya nampak baik diluar, walhal di dalam berkecamuk bukan main lagi...

TerkinI! Dr Hatta Ramli, antara nama yang disebut-sebut sebagai dalang kepada serangan politik terhadap Presiden parti... nafsu yang membuak-buak bagi melihat pimpinan Ulamak dalam PAS ditukar ganti dengan pimpinan terbuka yang dikatakan lebih mesra dengan DAP...

Persoalannya, apakah ahli PAS sudah bersedia? setelah sekian lama Pimpinan Ulamak adalah kunci kekuatan mereka ditukar ganti???

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman PAS dilihat semakin parah apabila sekumpulan ahli yang menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai antara yang berkomplot untuk menggulingkan presiden parti itu. 
Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim pada Ahad mendakwa bahawa kumpulan itu mempunyai bukti dalam bentuk paparan skrin mesej aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Ahli Parlimen Kuala Krai itu mengeluarkan arahan supaya 'menyerang' Abdul Hadi. 
Selain Hatta, beliau juga mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Muslimat, Aiman ​​Athirah Aljundi bersekongkol untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.

"Kami merasakan bahawa ahli-ahli PAS perlu sedar bahawa terdapat percubaan jahat untuk menjatuhkan presiden, kepimpinan ulama dan mengambil alih PAS. 
"Kami juga meminta mereka yang terlibat dalam konspirasi ini untuk meletakkan jawatan berikutan mendedahkan ini," katanya sebelum menyerahkan memorandum kepada parti itu menjelang mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di sini. 
Fadhli juga berkata beliau mempunyai salinan Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong dakwaannya yang kemudiannya diedarkan kepada media di Pejabat Agung PAS di sini.
Mesej WhatsApp yang dilampirkan dalam SD itu mendedahkan bahawa kumpulan yang bernama 'Hawaii Five-O' berkenaan mendakwa bahawa presiden telah bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. 
Terdahulu, Abdul Hadi diberikan sambutan menggalakkan oleh para penyokongnya ketika tiba untuk menghadiri mesuarat Jawatankuasa PAS Pusat.-sumber

Aku percaya, Dr Hatta tidak akan berani kehadapan jika tiada back up yang difahamkan 'kuat' dibelakang beliau...  

Kelihatan Mat Sabu yang dikatakan antara dalang yang berani-berani-takut itu dikatakan sedang menyusun jentera untuk bertanding jawatan Presiden parti... Jika ianya benar, apakah jentera TG Hadi Awang mahu berdiam diri...?

JOMO: Kita tunggu dan lihat... kasihan PAS yang kian tersepit antara perjuangan dan sekutu kafir mereka...

No comments:

Post a Comment