Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 17 February 2015

KDN SENARAIKAN 23 "GENG" KONGSI GELAP... Rakyat Sila Ambil maklum! cc @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA @ROSMalaysia


Janji dikota demi kepentingan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia, KDN telah mengisytiharkan 23 pertubuhan sebagai KONGSI GELAP mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Ianya baik untuk rakyat agar tidak terjerumus mahupun terlibat dengan aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan ini...

Difahamkan, pertubuhan-pertubuhan ini telah menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini, seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian dan mencuri kereta yang mana ianya menyalahi undang-undang di negara ini...

Lebih teruk lagi, pertubuhan-pertubuhan terbabit turut memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan penyeludupan.... Malah, ada diantara mereka yang dikenal pasti memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa di negara ini, kepada kumpulan penculik dari selatan Filipina seperti kumpulan KRK... Cukup Kurang Ajar!

KDN dalam kenyataan menyebut pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015. 

Pertubuhan kongsi gelap tersebut adalah:

1. Geng 3821

 2. Geng Ngo Sek Kee

 3. Geng Gee Hor Sia

 4. Geng Chong Woh

 5. Geng Gee Long San

 6. Geng Gee It Leng

 7. Geng Gee Hon San

 8. Geng Guat Sam Sia

 9. Geng It Tiam Ang

 10. Geng Lian Heng Siah

 11. Geng Ang Mor Low

 12. Geng Sio Or Leng

 13. Geng Loong Foo Thong

 14. Geng 969 (Kow Lak Kow)

 15. Geng 32 Sar Jee

 16. Geng Chaun San

 17. Geng Fong Hong San

 18. Geng Jin Jee Tong

 19. Geng Gee Lam Kok

 20. Geng Hong Fah

 21. Knight of the Right Keepers @ Kappa Rho Kappa

 22. Malin Kundang (Sandakan)

 23. Special Force (Lahad Datu)


JOMO: Tahniah kepada Menteri dan Team KDN di atas pemakluman ini... Semoga ianya bermanfaat kepada kita rakyat Malaysia... Pastinya ia langkah berani bagi membendung gejala KONGSI GELAP di Negara ini... SYABAS!

1 comment:

  1. SAYA TAK TERAGAK2 AKAN AMBIL TINDAKAN KE ATAS GENG2 INI.......oooooops......maaf.....retorik sahaja

    ReplyDelete