Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 10 February 2015

ANWAR BERSALAH! KEADILAN UNTUK SAIFUL...



Apapun yang berlaku, mahkamah telah buat keputusan... Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya... Kegusaran dan penantian selama bertahun bagi Saiful juga telah memberikan keputusan kepada Saiful...

Ini adalah roda kehidupan... Kita hanya merancang tetapi kena ingat perancangan Allah itu adalah lebih baik dan tepat untuk makhluknya...

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memuktamadkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Rayuan akhir Anwar itu telah didengar selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.

Ketua Pembangkang itu didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mendapati Anwar bersalah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Wahi Yusof yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman itu.-sumber

JOMO: Bermuhasabbahlah kita dalam apa juga yang kita lakukan... Ingatlah Allah sentiasa bila kita susah mahupun senang....


No comments:

Post a Comment