Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 9 January 2015

Tuduhan Liar Ke atas MDN Tiada ASAS: @limguaneng pula Permainkan Surat Kpd FBI...? @KDNPUTRAJAYA



Sedar ataupun tidak, bagaimana PM Najib Razak diserang bertalu-talu oleh media pembangkang, bagaimana Tan Sri Mahyuddin juga terpalit perkara yang sama... media cuba melaga-lagakan mereka... Walhal, hakikatnya, mereka pada kedudukan yang cukup baik untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin negara dan mempunyai semangat setiakawan yang utuh... Selepas mereka kita lihat serangan tak putus-putus dihalakan kepada DS Zahid Hamidi... 

Yang peliknya serangan yang berlaku ketika ini adalah sebaik sahaja DS Zahid mengumumkan senarai Gangster di Negara ini dan lebih menggerunkan lagi apabila beliau umumkan penubuhan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG)... Hairankan? Takkanlah seorang yang berjuang untuk ini cuba dikaitkan dengan Kaki Judi pula...? Aku lihat,  persepsi UMUM yang cuba dicanang adalah atas tujuan untuk menjatuhkan pemimpin yang berani dan berpengaruh ini... 

Terkini, Lim Guan Eng pula seperti memperlekehkan surat yang dihantar kepada FBI... yang dikatakan sebagai "Low Class" dalam Bahasa Inggeris... Apa motifnya? Selepas seranagn bertubi-tubi ke atas MDN oleh blogger-blogger mereka LGE dengan selambanya mengatakan Surat itu Low Class...hahahaha Lawak! Kalau dah tahu low class, buat apa buang masa mainkan isu ini...? 

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has raised questions over the authenticity of the letter sent by the Home Minister to the United States Federal Bureau of Investigations (FBI), pertaining to gambling kingpin Paul Phua Wei Seng’s case.
Lim took a swipe at the standard of language used in the letter, which he described as “atrocious and secondary school level”, if indeed it was issued by the Ministry.
Aku pelik lagi, mereka terus menerus cuba mengaitkan DS Zahid terlibat dengan judi dan cuba melindungi si kaki Judi Paul Chua itu hanya dengan sepucuk surat... Hai! Mereka ini memang sudah ketandusan MODAL POLTIK ker...? 

Jelas lagi nyata, perkara ini juga disahkan sendiri oleh Peguam yang terlibat(Tan Sri Shafee Abdullah) yang mana, surat Menteri Dalam Negeri (KDN), Ds Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bukan untuk menjamin pakar judi Paul Phua Wei Seng.... Sebaliknya ia adalah respon kepada permintaan firma guaman di Amerika Syarikat, yang mewakili Phua, Chesnoff & Schonfeld kepada FBI....

Menurut Shafee beliau meminta Ahmad Zahid menjelaskan status Paul kepada FBI dan peguam bela Paul mengenai pembabitan dengan 14K.

“Saya menulis (kepada Zahid) sekitar bulan Ogos untuk memberikan nama penuh subjek (Phua) dan saya juga cakap, bolehkah tolong jelaskan sama ada Phua adalah anggota kongsi gelap 14K,”

“Menariknya, menteri hanya jawab dua bulan kemudian – beliau tidak terus membalas surat itu kerana beliau perlu dapat maklumat dari polis – beliau menjelaskan yang Phua bukan ahli kongsi gelap 14k,”

Bukan senang untuk memberi laporan kepada FBI, seorang Menteri memerlukan masa untuk menjawab surat tersebut... Jawapan perlulah berlandaskan perkara yang betul dan adil untuk semua... Sangat bodohlah mereka yang menyatakan Menteri tidak membuat semakan / cross check dengan pihak PDRM dan agensi yang berkaitan sebelum mengeluarkan surat tersebut... 

Pada hemat saya, perkara mendapatkan maklumbalas dan data ini adalah amalan perkara biasa yang diamalkan di mana-mana agensi kerajaan... Justeru, tidak timbul istilah melindungi Si Paul Chua ini kerana prosedur biasa ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan...

Patut korang tanya Ketua Pembangkang itu, yang sentiasa mendapatkan campur tangan luar untuk mempengaruhi sistem kehakiman dan perundangan negara dari dulu hinggalah kini... Kenapa pembangkang diam pula...? Bukankah ini menganggu kedaulatan negara...? Ini yang patut dipersoal!

JOMO: Bercakap Benar Walaupun pahit! Cakap jangan main sebarang cakap...

1 comment:

  1. bila pemimpin lemah..akan timbul la puak2 yg ingin menjatuhkan kerjaan..pikir2lah sendiri!!

    ReplyDelete