Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 12 January 2015

Tiada Peralihan! PM @NajibRazak Sokong @MusaHjAman cc @MasidiM @tawfiqabt @mpkotabelud @Rosnah_ARS @mohdshafieapdal

 
Sangat tertarik isu yang berlaku di Negeri di bawah bayu ini... Negeri yang cemerlang dengan prestasi yang baik dalam Pilihanraya Umum ke13 yang lepas memberi signal jelas bahawa Sabah berada pada tahap yang baik untuk meneruskan agenda menjadikan Sabah negeri membangun bukan hanya dari segi infrasturktur tetapi pembangunan insan yakni rakyat Negeri Sabah...
 
Prestasi yang baik digalas oleh Ketua Menteri Sabah dato Seri Musa Haji Aman juga antara faktor penting kepada kecemerlangan di Sabah... Bukan senang memimpin sebuah negeri yang mempunyai geografi yang besar, pola penduduk berbilang kaum dan agama macam negeri Sabah... Semua mau dijaga, samada manusianya, pentadbirannya, keselamatannya, hubungannya dengan KL, kestabilan politik, keharmonian kaum dan agama banyak lagi...
 
Pilihan Tun dr Mahathir memilih DS Musa sebagai Ketua Menteri bagi menggantikan Osu Sukam pada ketika itu dan dalam masa yang sama 'menghentikan' sistem penggiliran Ketua Menteri adalah satu keputusan yang luar jangka namun memberi kesan positif kepada politik Negeri Sabah... mesti kita tertanya, kenapa Tun dr Mahathir memilih Musa Aman pada ketika itu? kenapa bukan yang lain? Mesti ada sebabnya... Kepercayaan Tun terjawab dengan pencapaian Sabah pada hari ini...
 
Kepercayaan dan penghormatan itu, disambung pula oleh Tun Abdullah Ahmad Bagawi... Sabah terus mengorak langkah kehadapan dan hingga kini di bawah Pimpinan Dato Seri Najib Razak, kepercayaan itu di balas dengan prestasi yang cemerlang ditunjukkan oleh dato Seri Musa bersama barisan pimpinan yang ada... Ekonomi semakin maju, prestasi politik tetap cemerlang, keharmonian kaum masih kekal terpelihara dan banyak lagi yang orang Sabah perlu banggakan...
 
PM DS Najib pernah memuji prestasi DS Musa sebagai ketua Menteri Sabah...
 
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang terserlah melalui “Kad Laporan” pencapaian yang amat memberangsangkan.
 
”Saya tertarik dengan beliau punya report card. Rakyat Sabah harus membacanya kerana ini adalah kejayaan kerajaan negeri dan kita sokong sepenuhnya,” katanya.... selenjutnya di sini
 
Apa maksudnya, PM Najib masih menaruh kepercayaan kepada DS Musa memimpin Negeri Sabah... Politik di Sabah ini berbeza dengan di semenanjung, justeru, untuk jadi orang nombor 1 semestinya perlu mendapat sokongan dari semua pihak... (Bukan hanya dari kroni ya) Ini ternyata jelas, pemimpin-pemimpin dari bangsa lain juga terus bersama dan menyokong kepimpinan DS Musa Aman agar terus memimpin negeri Sabah kearah yang lebih gemilang...
 
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup satu suara mengatakan kepentingan masyarakat KDM memilih BN yang mengutamakan semua aspek kehidupan rakyat termasuk keselamatan dan keamanan hanya terpelihara di bawah payung parti itu.
 
Pairin berkata sokongan harus diteruskan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain komitmen kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk meneruskan agenda pembangunan negeri ini... rujuk di sini
 
Penulis difahamkan, ada beberapa kali cubaan untuk menjatuhkan DS Musa Aman, namun, gerakan tersebut masih gagal sehingga kini... Persoalan yang timbul, kenapa dengan pencapaian dan kejayaan yang dikecapi PM Najib perlu menukar DS Musa Aman...? Sangat tidak masuk akal... Jadi, penulis merasakan kegagalan kepada cubaan-cubaan ini adalah disebabkan Dato Seri Najib terus menyokong kepimpinan dato Seri Musa dan meletakkan harapan tinggi terutamanya dalam menghadapi PRU14 yang dikatakan lebih mencabar...
 
Penulis melihat, kekuatan DS Musa dalam ekonomi juga adalah kunci utama PM Najib perlu mengekalkan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah... bagaimana beliau boleh membawa Sabah yang sebelum ini dikatakan terus mengalami defisit namun sejak beliau memimpin Sabah, Sabah terus mencatatkan peningkatan dari segi ekonomi yang membanggakan...
 
Mentadbir Negeri berbeza dengan mentadbir kementerian... Ketua sesebuah negeri perlu memikirkan bagaimana untuk meningkatkan hasil ekonomi dan pendapatan bagi sesebuah negeri selepas perbelanjaan dibuat berdasarkan belanjawan yang dibentangkan pada setiap tahun... berbeza dengan kementerian, Menteri perlu memikirkan bagaimana untuk berbelanja menggunakan peruntukan yang diberikan sampai kepada rakyat... justeru, menjadi mana-mana Ketua Menteri bukan perkara yang mudah, apatah lagi bagi sebuah negeri seperti Sabah...
 
Ketika ini isu peralihan kuasa telah dicanangkan oleh orang-orang tertentu, namun, tiada pula khabar datang daripada Perdana Menteri sendiri... Penulis juga mempunyai ramai kawan-kawan dari Negeri Sabah, secara rasionalnya kesemuanya bersetuju bahawa DS Musa Aman adalah Ketua Menteri terbaik untuk terus memimpin Negeri Sabah ini...
 
Penulis: Setuju DS Musa sebagai Ketua Menteri... Setuju DS Shafee Apdal, D Rahman Dahlan, DS Maximus Ongkili, DS Anifah Aman, D Rosnah Shirlin, DS Azizah dan lain-lain sebagai Menteri / Timbalan Menteri Persekutuan.... Sepatutnya perkukuhkan BN Negeri Sabah...

No comments:

Post a Comment