Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 4 January 2015

Tiada Istilah Menjamin Paul Chua, Surat DS @Zahid_Hamidi Adalah Atas Permintaan Peguam Mewakil Rakyat Malaysia Itu...

Satu yang menghairankan apabila ada pihak yang merasakan salah bagi kerajaan untuk memberikan maklumat mengenai rakyat Malaysia apabila diperlukan...? Apakah ianya salah...? Sedikit sebanyak ianya membantu kepada kelancaran atau pegadilan yang melibatkan rakyat Malaysia...

Dalam isu surat DS Zahid yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memburukkan nama DS Zahid, ianya adalah tugasan biasa seorang yang mewakili kerajaan untuk memberi penjelasan mengenai rakyat yang terlibat apabila diminta atas keperluan kehakiman...

Aku hairan, seorang Menteri yang terkenal dengan usaha untuk membasmi kemaksiatan seperti perjudian, kongsi gelap dan yang lain-lain sehingga tertubuhnya badan khas menangani isu ini seperti Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) cuba dikaitkan dengan tohmahan kononnya cuba menjamin Paul Chua... Ianya sangat menjelekkan dan menjangkalkan...


Penjelasan mengenai ini juga telah diberikan oleh Peguam yang berurusan mengenai perkara ini:

Surat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bukan satu tindakan untuk menjamin ahli judi profesional, Paul Wei Seng Phua (Paul Phua) yang ditahan di negara itu, sebaliknya dibuat atas permintaan peguam yang mewakili Paul Phua.

Muhammad Shafee Abdullah Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, firma guamannya telah bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld bagi memohon Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan surat tentang pembabitan Paul Phua dalam kegiatan sebuah kongsi gelap bernama ‘14K Triad’ di Malaysia.

“Pada 18 Disember 2014, Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano yang mengesahkan Paul Phua bukan seorang ahli kongsi gelap 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

“Sekiranya Ahmad Zahid tidak mengeluarkan surat itu sekalipun, kami boleh menggunakan saluran mahkamah untuk meminta maklumat tentang Paul Phua dikeluarkan. Saya ingin menegaskan yang Ahmad Zahid bukannya menjamin Paul Phua, sebaliknya hanya memberi maklum balas terhadap permintaan peguam,” katanya.

 - sumber 

Ada yang lebih pelik lagi mempersoalkan kenapa DS Zahid diam isu yang melibatkan Ulamak Yussuf Qardhawi... Alahai bro, kes Paul Chua ini melibatkan rakyat Malaysia dan ada pihak yang memohon surat rasmi untuk mendapatkan maklumat mengenai beliau... Kenapa cuba politikkan isu ini pula, kalau nak cuba politikkan, saya nak Tanya mana pihak yang sering menggunakan Ulamak Yussuf Qhardawi bagi tujuan politik...? Takkan lari kot? Kenapa mereka yang diam seribu bahasa...?

JOMO: Inilah akibatnya apabila semua perkara mahu dipolitikkan... Janganlah jadi pembangkang yang buta minda...

1 comment:

  1. Mohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..

    Blogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.

    Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.

    Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..

    Serang Kelantan..

    Operasi Tsunami Kuning.

    Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??

    ReplyDelete