Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 13 January 2015

QZ8501: "MENGIGIL DENGAR RAKAMAN KOTAK HITAM..."


Pangkalan Bun: “Mendengar rakaman dari kotak hitam pesawat bukan hal yang mudah seperti mendengar muzik atau perbincangan biasa. Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) memerlukan mental yang kuat untuk melakukannya,” akui penyiasat KNKT, Nurcahyo Utomo.

Menurutnya, pihaknya mendengar detik terakhir sebelum mangsa menemui ajal.
“Itu bukan mudah dan amat mengganggu jiwa,” katanya.

Katanya, kali ini perasaan itu bertambah apabila perlu mendengar percakapan juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 berikutan Indriyanto adalah seniornya dan arwah yang mengajarnya untuk terbang.

“Ini tugas yang sangat berat meskipun sudah terbabit dalam kerja ini sejak tahun 1997. Dia yang mengajar saya untuk terbang dan tidak dapat dibayangkan, saya harus mendengar percakapan terakhir dia,” katanya.

Pengalaman mendengar rakaman kotak hitam bukan saja mengganggu dirinya, malah sering diungkapkan penyiasat lain yang mengalami gangguan sebaik mendengar suara dalam kotak hitam itu.- sumber

JOMO: Semoga membawa penghunjung yang baik. Tahniah kepada pasukan pencari dan penyelamat. Takziah kepada mangsa.

6 comments:

  1. http://tanahpuchong.blogspot.com dah kena hacked
    sila ke http://puchongmeranti.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Dah berapa ratus kotak hitam yang mangkok tu dah dengar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg pandai menulis ni binatang tak la aku terkejut. Tak sangka pulak ada manusia tak ada perasaan begini.

      Delete
    2. Dah memang orang yang kata orang lain mangkok dia lah mangkok-kemik sama ngan Pak Mat untut kepala kemik!

      Delete
    3. Wahai Anon binatang 07:48 dan 15:28. Fikir la dengan lojik.Kapalterbang bukanyer jatuh hari-hari ! 10 tahun sekali pun belum tentu. Kalau nak ikut anggota polis dan bomba yang menyelamatkan kemalagan jalanraya lagi banyak kemalangan dasyat yang dihadapi! Hampeeeh

      Delete
    4. sokong 23.12

      Delete