Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 5 January 2015

QZ8501: Dasar Gelap dan Berlumpur, SAR Ditangguh...


Keadaan dasar laut gelap dan dipenuhi lumpur memaksa misi pasukan penyelam yang ditugaskan menjejaki pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar perairan Laut Jawa dihentikan tengah hari tadi.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), F Henry Bambang Soelistyo, berkata penyelam sudah memulakan misi itu sejak jam 8.20 waktu Indonesia Barat (WIB) selepas mendapati cuaca baik.

“Di dasar laut jarak pandangannya sifar, jadi gelap. Dasar laut wujudnya lumpur,” kata Soelistyo di Kantor Basarnas, di Jakarta, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah menggerakkan dua penyelam dari KRI Banda Aceh untuk melakukan tugas itu di Selat Karimata, Kalimantan Tengah.

“Akan tetapi, saat ini, di kawasan itu hujan lebat, kemudian gelombang naik. Sembilan kapal kita sudah berada di wilayah di kesannya serpihan pesawat, (tetapi) penyelaman semula masih belum dapat dilakukan,” katanya.

Soelistyo berkata, kelajuan arus dasar laut juga tinggi iaitu sekitar 3-5 knot disusuli ombak melebihi 1.5 meter.
 
Sementara itu, empat lagi mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 ditemui hari ini, menjadikan jumlah mangsa yang ditemukan setakat hari ini kepada 34 orang.

Laman web Channel News Asia melaporkan, tiga mayat ditemukan oleh kapal USS Sampson milik Amerika Syarikat (AS) manakala satu lagi mayat diselamatkan oleh kapal RSS Persistence milik Singapura
 
BASARNAS juga  mengesan sebuah objek sepanjang sembilan meter yang dipercayai dari bangkai pesawat AirAsia QZ8501 dan berada di kedalaman 30 meter di Laut Jawa.
 
Laman web detik.com melaporkan Ketua Basarnas, Bambang Soelistyo berkata, objek itu ditemukan kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia).- sumber

JOMO: Semoga sebarang usaha dipermudahkan...

No comments:

Post a Comment