Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 23 January 2015

Qu Putih! Kenapa Perlu Jatuhkan Sesama Melayu? Jom Raikan Kretiviti


Mesti ada yang akan berfikir, aku menulis ni sebab dibayar oleh datuk diva Qu Putih... Tapi tidak mengapa, dalam dunia moden serba pantas ini, dunia tanpa sempadan ini semuanya pantas dan maklumat boleh didapati dihujung jari...

Aku tulis ini adalah sekadar untuk menyatakan sokongan kepada peniaga Melayu dan menggalakkan kreativiti dikalangan peniaga-peniaga melayu... Isu terbaru melibatkan produk Qu Putih yang sejak kebelakangan ini menjadi penaja beberapa rancangan TV menjadi topik yang cukup hangat diperkatakan... 

Ada yang kata itu dan ini, ada yang menyokong, ada yang mempertahankan, ada yang tak suka, macam-macam... Tapi peliknya, yang bersuara itu semuanya orang melayu kita... kasihan bukan...?

Bagi aku, Qu Putih dah taja program, itu hak dia nak buat apa-pun asalkan saja tidak menyalahi apa-apa... Apapun dia nak buat, itu hak dia, kenapa kita perlu nak caci maki dia...? Saya cukup tertarik dengan kaedah marketing di dibuat oleh beliau, STAIL , Tag Line (Qu Putih, Qu Putih Barulah Putih) dan cara yang ditunjukkan cukup terkesan di hati mereka yang menonton... Ini adalah kretiviti, ini adalah idea, bukan senang nak buat idea macam dia ni... Sama juga dengan tag line Terlajak Laris... Semua ini adalah kretiviti yang perlu kita raikan...

Berilah peluang kepada orang Melayu utnuk maju dan berkretiviti, kalau bukan orag Melayu siapa lagi...?

kepada peniaga Melayu dan sesiapa sahaja yang mahu berniaga, teruskan kretiviti anda... Jangan hanya kerana mulut manusia anda takut, itu hanya cabaran semata... Secara tidak langsung, mereka juga membantu dalam pemasaran produk anda...

JOMO: Hitam itu manis dan menawan... 

1 comment:

  1. biaqpi la bangsa melayu maju dengan perniagaan.. dah tiba masa kita bangsa melayu maju dalam ekonomi perniagaan dari bangsa lain ini kan Tanah tumpah darah kita..

    ReplyDelete