Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 24 January 2015

Perbincangan SULIT UMNO PAS Terus Berlangsung...?


Cerita pertemuan UMNO PAS kembali hangat diperkatakan... kalau sebelum ini, perkara tersebut sememangnya berlaku dan terjadi secara 'halus', kali ini plot cerita hampir sama, yang berbeza hanyalah pemain yang memainkan peranan kearah kerjasama ini...

Umum mengetahui, sebenarnya PAS dan UMNO membawa gerakan yang berbeza namun punyai banyak persamaan... Kalau selama ini, perbezaan yang dicari, maka jumpalah perbezaan itu, tapi kali ini, jika persamaan yang dicari, maka In Sha Allah akan dilorongkan jalan mencapai persamaan itu...

Kalau kisah sebelum ini adalah kisah yang benar berlaku, namun, disebabkan ketaksuban budak-budak pro Anwar dalam PAS memusnahkan segalanya... Politik kena pandai main, salah main, boleh tersungkur jatuh...

PAS yang ketika ini begitu tercalar dan tersentuh dengan karenah DAP dan PKR, membuatkan mereka tersebut antara perjuanagn parti atau terpaksa mengorbankan ideologi demi Putrajaya... belum pernah rasanya dalam sejarah PAS, mereka terpaksa mengorbankan apa yang mereka percaya demi mencapai cita-cita sekutu mereka... tapi kini ia sedang berlaku, dan sedar atau tidak, PAS kelihatan cukup lemah dalam menangani perkara ini...

Kalau dalam isu banjir, DAP kelihatan begitu bengang dengan PAS yang lebih mengutamakan Kerajaan Pusat daripada Sekutu mereka, apatah lagi MB Kelantan boleh bekerja bersama-sama PM Najib mahupun Tok Pa... PAS sekali lagi tersepit, antara mengutamakan kebajikan rakyat ataupun mahu terus berpolitik bersama sekutu mereka dan akhirnya mereka membuat keputusan yang tepat...

"Kita tak tahu, kita hendak beritahu sejak dulu lagi Pas sentiasa terbuka, sikap ini ditunjukkan sejak dulu lagi oleh Tok Guru (Datuk )  sendiri, dengan pemimpin Umno dan Kerajaan Persekutuan.
 
"Kita tidak pernah tutup pintu untuk bincang tentang kepentingan negara dan umat Islam, itu tidak jadi masalah bagi kita kerana isu ini mengatasi politik, bukan soal politik kepartian, tetapi kepentingan umat," katanya lagi.-sumber

Itulah sebab, kenyataan beberapa pemimpin PAS kebelakangan ini terhadap UMNO tidak sekeras sebelum ini... Apakah sudah ada signal diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi...? Atau apakah ada gerakan SULIT menggerakkan kerjasama antara PAS dan UMNO atas nama kemaslahatan UMMAH...?

JOMO: Apapun yang berlaku, PAS pastinya merasai penderitaan berkawan dengan parti yang pernah menjadi musuh mereka bertahun tahun... Mereka berkawan pun atas sebab Anwar Ibrahim... Apakah jalan mereka akan berakhir...? kalau tidak bergabung sekali pun, apakah UMNO PAS akan duduk bersama demi kepentingan rakyat...? Semoga ianya terbaik demi Agama Bangsa dan Negara...

5 comments:

  1. Tanda-tanda PR nak berpecah.Mula2 PAS renggang dengan PKR isu MB Selangor.Pastu PAS terima tekanan dari DAP.PAS dah lancarkan kempen ABAI (Asalkan Bukan Anwar Ibrahim).Sama ada dalam PR atau pembentukan kerajaan perpaduan dgn UMNO,PAS punya kelebihan.

    ReplyDelete
  2. Mohon semua umat Islam sokong perpaduan ummah.
    Perpaduan ummah itu adalah perintah Allah dan RasulNya.
    Mereka yang menyebabkan perpecahan ummah bukanlah dari golongan umat Muhammad SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Semoga harapan kita supaya umat Islam negara ini bersatu menjadi kenyataan.
      Aamiin Ya Rabbal'alamin.

      Delete
  3. Kuasa politik primer sekunder Kelantan seharusnya sekarang dari transisi UMNO dan PAS Kelantan. PAS sudah tentu mengetahui akan kebenaran dan bukan kebenaran setelah mengalami pengalaman bersama BN dan PR.
    Keperluan gabungan ini datang dari pandangan awam dari kelompok besar melayu yang sudah agak jemu dengan sikap tegar PAS yang agak keterlaluan berbanding UMNO. Kelantan walaupun mesra dengan rejim pemerintahan ulama sehingga lebih dua dekad sudah mulai bangkit menuntut 'perubahan' iklim.
    Jikalau pemerintahan PAS Kelantan berkeputusan tiada keperluan untuk bersama UMNO dan tetap menolak UMNO pasti PRU akan datang rakyat akan memutuskan nasib PAS. Sepertimana lazim demi menyelamatkan maruah PAS ada kemungkinan mengambil tindakan keluar PR dan bergerak secara solo bakal meredakan tension dan tekanan yang dialami oleh mereka ketika ini.
    Kemungkinan yang nyata bakal berlaku selepas itu, Ketum sudah tentu memandang UMNO atau pro kepada kuasa esekutif dalam UMNO.

    ReplyDelete
  4. Islam!!!

    Melayu/Bumi!!!

    Mesti bersatu demi masa depan Agama Bangsa dan Negara!!!

    ReplyDelete