Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 7 January 2015

PANAS! Surat DS @Zahid_Hamidi Bukan Bebaskan Paul Chua! Usaha Pembangkang TEWAS... cc @NajibRazak

1. Ketika masa pemimpin Pakatan Rakyat terbukti sekadar "berpeluk tubuh" sambil "tolong tengok" dalam Misi Bantuan Bencana Banjir, dilihat Malaysiakini telah berhempas pulas menjadikan isu surat Menteri Dalam Negeri (Zahid Hamidi) kepada Timbalan Pengarah FBI (Mark F. Giuliano) kononnya untuk menjamin dan membela seorang Raja Judi (Paul Phua) yang dalam perbicaraan kes di US sebagai langkah alternatif menutup tembelang "perjuangan kebajikan rakyat" mereka yang dusta selama ini. 

2. Sebagai seorang pengamal undang-undang yang neutral, saya terpanggil untuk menjelaskan isu ini secara teknikal bukan secara persepsi murahan apatah lagi mengunsur adu domba. 

3. Satu dunia mengetahui bahawa (Paul Phua) sedang dalam perbicaraan di mahkamah US berdepan dengan tuduhan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu. Pada hemat saya, bukanlah menjadi satu KESALAHAN bagi seorang Menteri Dalam Negeri untuk menjelaskan status "individu yang dituduh" khususnya berkaitan jenayah terhadap FBI yang merupakan badan berautoriti dalam pengendalian kes ini. 

4. Semua pembaca perlu jelas bahawa Zahid Hamidi sekadar memaklumkan status ( Paul Phua) tidak terlibat dengan "kongsi gelap 14K Triad" di Malaysia malah Tan Sri IGP juga telah menjelaskan dalam sidang media semalam bahawa kongsi gelap tersebut memang tidak pernah wujud di negara kita. 

5. Pada pandangan saya yang neutral, Zahid Hamidi hanya menjelaskan status (Paul Phua) di Malaysia kerana di bawah bidangkuasa dan portfolio beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Jelas bahawa tindakan Zahid Hamidi BUKAN ingin mempengaruhi keputusan dan mencampuri urusan apatah lagi untuk menjamin serta memBEBASkan (Paul Phua) di mahkamah US secara langsung dan tidak langsung.

6. Semua kita perlu jelas bahawa kes (Paul Phua) di US bukan di Malaysia. Jika kes tertuduh (Paul Phua) berkaitan judi ini di Malaysia dan sedang dibicarakan ; lantas Zahid Hamidi mengeluarkan surat sedemikian maka ia satu KESALAHAN ! 

7. Surat Zahid Hamidi sekadar menjelaskan status (Paul Phua) di Malaysia bukannya menafikan tuduhan ke atas tertuduh di US. Adalah tidak adil jika Zahid Hamidi mengeluarkan satu surat menyatakan bahawa (Paul Phua) memang terlibat dengan kongsi gelap tersebut sedangkan realiti sebaliknya. 

8. Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya melihat Zahid Hamidi rasional dan tidak "bias" dalam menjelaskan status tertuduh di Malaysia. Walaupun saya melihat Zahid Hamidi sebagai seorang pemimpin ultra Melayu boleh mengambil kesempatan untuk menginaya tauke judi Cina tapi beliau tidak mengambil pendekatan politik sempit tersebut. Beliau tahu bidangkuasanya, batasannya dan sempadan wilayah keselamatan dalam negeri di bawah tanggungjawabnya. 

9. Sebagai peguam, saya sangat faham situasi Tan Sri Shafie Abdullah yang bekerjasama dengan syarikat guaman Chesnoff & Schonfeld bertanggungjawab untuk melakukan gerak kerja pembelaan. Permintaan peguam tentang surat tersebut hanya sebagai usaha untuk membantu membersihkan imej anak guamnya. Dalam ilmu undang-undang seseorang tidak bersalah sekiranya tidak dibuktikan bersalah. Bertindak sebagai peguam bela seharusnya berusaha untuk menyelamatkan (Paul Chua) walaupun dari sudut teknikal penghakiman surat tersebut tidak pun membantu kes ( Paul Phua) yang terjadi di US. 

10. Keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan tindakan profesional Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri (Malaysia) dalam kes ini. Saya percaya usaha pembanterasan judi selama ini di beberapa negeri telah berjaya diperangi berkemungkinan besar telah mendapat maklumat sulit dan rahsia daripada rangkaian tertuduh (Paul Phua) yang merupakan Raja Judi Antarabangsa. Saya yakin itulah yang dimaksudkan dengan terma "membantu isu keselamatan negara" dalam surat terbabit. 

11. Kepada masyarakat saya berharap kita perlu menilai secara ilmiah bukannya secara membuta tuli seperti ulasan Malaysiakini yang jelas mempunyai personal attack terhadap Zahid Hamidi. 

JOMO: Aku kasihan tengok pembangkang ni... Tak habis-habis mainkan isu RAPUH... Dah takda senjata lain ker? Atau terpaksa bergantung harap dengan apa juga isu yang ada..? Ni kes, SAPU semua lah tu... Sedih!

Tapi, game mereka memakan diri sendiri... Perkara mudah mahu dirumitkan... Rakyat jangan mudah terpedaya, kena ingat mereka terpaksa mencari sebanyak isu yang boleh dispin untuk memastikan mereka masih relevan di mata rakyat... Kasihan!

No comments:

Post a Comment