Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 29 January 2015

Pak Ibrahim Mahu Saman Menteri Kabinet PM @NajibRazak ?



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali memfailkan saman fitnah terhadap Menteri kabinet yang didakwa menuduh kumpulan pejuang Melayu itu meningkatkan ketegangan antara kaum.

Ibrahim menyaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berhubung kenyataan Kurup menjelang Krismas yang dikategorikan sebagai menghasut.

“Kami ke mahkamah untuk membuktikan tuduhan terhadap kami.

“Perkasa bukan chauvinis, Perkasa bukan rasis,” katanya.

Saman turut membabitkan beberapa isu lain antaranya tindakan mengedar Bible bahasa Melayu yang bagi Ibrahim naskhah tersebut boleh dibakar kerana tidak boleh dibuang.

“Saya menghormati agama-agama lain. Saya bukan hendak membuat provokasi terhadap pihak lain tetapi nampaknya ada pihak lain yang mahu menjadi Peguam Negara (AG). Jika ada kes, AG sudah tentu akan dakwa saya ke mahkamah. Ini tidak, akhbar The Star hendak menjadi AG dan Kurup pun mahu menjadi AG.

“Mereka bercakap tentang kebebasan dan hak asasi manusia, tetapi mengapa apabila Perkasa bercakap, terus dilabel sebagai rasis,” kata Ibrahim.

Bulan lalu, Kurup, menteri yang bertanggungjawap soal perpaduan dan hubungan antara kaum menggesa Jabatan Peguam Negara menyiasat kembali kes berhubung ancaman Ibrahim untuk membakar kitab injil dengan alasan ia sebagai bukti keseriusan kerajaan berhubung perpaduan kaum.sumber

JOMO:Buatlah apa-apa yang patut... Jangan sampai merosakkan hubungan kaum dan agama sudah. Kalau ianya rosak... Pak Ibrahim kena bertanggungjawab atas tindakan sedemikian rupa...

4 comments:

  1. Jomo.. Itu jer satu2 melayu yg tinggal utk membela melayu.. Takan itu pun ko nak nafikan? PM memang bela melayu tapi dia takleh ekstream

    ReplyDelete
  2. Apa yang baik kita sokong, tapi jangan sampai rosakkan keamanan kaum. Itu juga saranan aku untuk Chauvinis kurang ajar diluar sana.

    ReplyDelete
  3. ape ke hal pulak pak berahim kene bertanggungjawab? betul la apa yg dia ckp. kena bakar bible yg guna perkataan 'Allah' sebab tak boleh dibuang macam tu saja. kalau buang dlm tong sampah, jd pengelap taik, tak ke menghina namanya tu? sebaiknya dibakar.

    ReplyDelete
  4. Yg lain tu menagih undi jer.

    ReplyDelete