Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 23 January 2015

Mesti tahu! Fakta Penduduk Islam Di Eropah...


Keganasan yang berlaku baru-baru ini di Perancis dan demonstrasi di Jerman menarik perhatian baru terhadap perkembangan umat Islam di Eropah.

Di kebanyakan negara Eropah, termasuk Jerman, United Kingdom dan Belanda, kebimbangan terhadap umat Islam yang semakin meningkat hingga ada sesetengah pihak mula mendesak kerajaan mereka mengenakan langkah sekatan imigresen.

Namun sejauh mana besarnya populasi umat Islam di Eropah hingga membimbangkan penganut agama lain serta berapa cepat ia berkembang?

Ahli Demografi Pew Research Centre, Conrad Hackett, yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat menggunakan anggaran terbaru penduduk untuk mengetengahkan lima fakta mengenai saiz dan komposisi penduduk Islam di Eropah.

1 – Jerman dan Perancis mempunyai penduduk Islam terbesar di kalangan negara anggota Kesatuan Eropah. Sehingga 2010, terdapat 4.8 juta umat Islam di Jerman (5.8 peratus daripada penduduk negara ini) dan 4.7 juta umat Islam di Perancis (7.5 peratus). Secara keseluruhan di Eropah, 14 juta penduduk Rusia adalah umat Islam (10 peratus daripada populasi penduduk Rusia), terbesar di benua itu.

2 – Populasi umat Islam berbanding jumlah penduduk di Eropah meningkat dengan begitu ketara. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, umat Islam jika dibandingkan dengan penduduk Eropah telah meningkat kira-kira satu mata peratusan bagi setiap dekad iaitu daripada empat peratus pada 1990 kepada enam peratus pada 2010. Corak peningkatan dan perkembangan ini dijangka berterusan sehingga 2030, ketika umat Islam dijangka membentuk lapan peratus daripada jumlah penduduk Eropah.

3 – Usia bagi umat Islam di Eropah rata-rata lebih muda berbanding penganut agama lain. Pada 2010, rata-rata umur orang Islam di seluruh Eropah adalah 32 tahun, lapan tahun lebih muda daripada purata usia orang Eropah iaitu 40 tahun. Rata-rata umur bagi penganut agama lain serta mereka yang tidak mempunyai agama adalah 37 tahun. Umur bagi golongan pertengahan penganut Kristian pula ialah 42 tahun.

4 – Pandangan dan pendapat mengenai umat Islam di seluruh Eropah pula didapati dibuat secara berbeza-beza. Satu kajian yang dilakukan oleh Pew Research pada musim bunga lalu mendapati bahawa majoriti pendapat penduduk Perancis, United Kingdom dan Jerman mengenai umat Islam adalah baik dan menggalakkan. Pendapat juga diberi secara meluas di Sepanyol, manakala pendapat agak negatif wujud di Itali, Greece dan Poland berikutan isu negatif yang dimainkan. Pandangan mengenai Islam terikat kepada ideologi. Sementara itu 47 peratus rakyat Jerman yang berhaluan kanan memberi penarafan tidak memuaskan kepada umat Islam, manakala 20 peratus lagi adalah penduduk berhaluan kiri.

5 – Pada 2010, Kesatuan Eropah menjadi ‘rumah’ kepada kira-kira 13 juta pendatang Islam. Penduduk Islam asing yang dilahirkan di Jerman, terutamanya adalah pendatang Turki, selain dari Kosovo, Iraq, Bosnia-Herzegovina dan Maghribi, manakala tiga juta umat Islam asing yang dilahirkan di Perancis pula sebahagian besarnya pendatang yang berasal dari tanah jajahannya seperti Algeria, Maghribi dan Tunisia.

-sumber

2 comments:

  1. MO PENGGANAS Barat/NATO-Zionis adalah utk. MEMANDULkan umat Islam termasuk dgn. pelbagai VAKSIN-PENIPU, serta meningkatkan sentimen/kegiatan ANTI-Islam/umatnya supaya mereka dibenci si kAPIR!

    Lagipun, di Barat sendiri, cth.nya di Jerman (yg. lawaknya, di mana rejimnya baru dilantik mengetuai “UN Human Rights Council“), Islam/umatnya makin dibenci dan didiskriminasi, serta anak-anak muda Islam dirosakkan dengan perancangan teliti, budaya Islam mereka, terutamanya melalui sistem pendidikan, dan media-massa yang amat bebas, termasuk yang mempromosi cara hidup homoseksualiti, meminum arak, berjudi, hubungan seks bebas dan pornografi (termasuk di stesyen biasa TV contohnya stesyen sukan, selepas tengah malam).

    Bahkan, umat Islam di Jerman, tidak dibenarkan mengadakan Bazaar Ramadhan walau sehari dan hanya di Berlin, dan tiada hari cuti rasmi untuk Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang suci, kecuali di Hamburg. Bahkan wanita Islam bertudung tidak dibenarkan bekerja sebagai guru mahupun dalam JPA Jerman.

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  2. Cabaran mereka iaitu saudara-saudara kita di Eropah sangat kuat. Sedih hati mendengarkan nasib mereka. Tetapi, Allah swt memberi banyak hikmah pada mereka dan pahala yang tidak terkira kerana ketabahan mereka hidup di negara yang menindas Islam. Semoga mereka akan menjadi lebih berjaya dalam hidup dan menyebarkan dakwah untuk menarik lebih ramai orang kepada Islam, Insyaallah...kita doakan..

    ReplyDelete