Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 25 January 2015

Menteri Wanita Bengong Atau Salah Cakap...?

Banyak perkara yang perlu difikirkan baik untuk dituturkan apabila berbicara sesuatu... Jika ianya sekadar melepas batuk ditangga atau mahukan populariti baik jangan bercakap...

Macam aku cakap sebelum ini, ada pemimpin kita ni, orang cakap lain dia cakap lain... orang tanya lain dia jawab lain....

Isu merotan anak ini pula menjadi viral dalam media sosial... Mak Menteri kata berikutan dari kes-kes antarabangsa, kita di Malaysia akan ikut standard antarabangsa terhadap kanak-kanak... Ibubapa yang merotan anak (sebagai contoh) akan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah yang menyalahi undang-undang...

Hanya kerana satu kes sebagai rujukan, Mak Menteri tanpa memikir panjang atau mendapat nasihat dari penasihat-penasihatnya, telah mengeluarkan kenyataan yang mengundang begitu banyak kritikan... Kritikan bukan sahaja dari pembangkang malah dari orang-orang pro kerajaan sendiri...

Apakah Mak Menteri ini sengaja mencari populariti atau sememangnya tiada kajian dibuat sebelum membuat kenyataan seperti ini...

Aku tak nak komen panjang-panjang, tapi, hakikatnya banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kenyataan dibuat... Apatah lagi kita dalam sebuah negara islam yang majmuk... faktor agama, faktor sosial, faktor ekonomi semua perlu diambil kira...

Jomo: Mak Menteri apa sudah jadi? Wanita UMNO pun sudah bersuara...

3 comments:

  1. Isunya dah jadi macam isu pemancing kena ada lesen.Pastu kembali macam biasa.

    ReplyDelete
  2. Nak ikut barat boleh termasuk menteri yg x perform letak jawatan..di Malaysia rakyat x suka pun d kekalkan.. Apa ke taiknya..nak ikit barat 100%..,untung kat menteri sunyi, rugi tang rakyat melalak

    ReplyDelete
  3. Bosanlah dengan sikap menteri-menteri yg bangang ni. Kita orang timur, tak payahlah nak ikut cara barat. Wahai Pak Najib tolonglah nyahkan menteri-menteri yg otak berkarat ni. Makin lama makin parah....

    ReplyDelete