Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 11 January 2015

Memalukan! Gadis Melayu DiPeluk Artis K-Pop Atas Pentas...

 
KUALA LUMPUR- Laman Facebook Sukan Star hari ini menyiarkan satu klip video berdurasi 3.21 minit yang sememangnya mencetuskan rasa mual dan tidak senang dikalangan pengguna media sosial.
 
Dalam klip video berkenaan, tiga hingga lima orang gadis melayu bertudung dipanggil diatas pentas untuk bersama artis K-Pop berkenaan untuk menjawab beberapa soalan.
 
Dalam pada itu, artis berkenaan dilihat seperti mengambil kesempatan dengan memeluk gadis berkenaan tanpa segan silu termasuklah cubaan mencium salah seorang gadis berkenaan.
Berikut antara respon pengguna media sosial diatas klip video berkenaan.
 
“Saya mahu pihak berkuasa siasat konsert berkenaan, kenapa artis berkenaan tidak hormat norma-norma adat budaya melayu di negara ini” Azhar Ibrahim, Dengkil.
 
“Runtun jiwa saya melihat anak melayu dipeluk layu seolah-olah mereka lupa agama mereka”. Azlina Aziz, Ipoh.
“Gadis bertudung zaman sekarang ditewas ditangan lelaki Korea”, Azrul , Kuala Lumpur.

Tak pelik ke ? Kenape semua perempuan yg di sentuh semuanye bertudung ? Disitu kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman”, Musemmil Genjuro.-sumber
 
JOMO: Alahai adik cantik... Kalau terlalu minat pun janganlah sampai macam tu... Kepada Penganjur next time bagilah briefing kepada Artis Jemputan tu... Memalukan! Nak tengok konsert tengoklah, tapi, adab kena jaga juga... Kan perkara seperti ini sensitif di Negara Islam Malaysia...

1 comment:

  1. Habis tu, si betina2 gatal-gatal masuk "KANDANG BABI" atau "kandang harimau", rasakanlah lah ciuman "mulut bau longkang / jamban" dari Korea tu. Jangan salahkan orang Korea tu.....salahkan diri sdendiri.....padan muka.

    ReplyDelete