Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 6 January 2015

JAHANAM! Tanah Rezab Melayu Cina Punya...? cc @khalednordin @NajibRazak


Aku sendiri pun pelik bila dengar news ini, tapi, bila dikaji, perkara yang kita fikir sebelum ini tidak akan berlaku sudah berlaku... Kawasan Gelang Patah milik DAP pimpinan Kerajaan Negeri UMNO, seperti ada yang tidak kena...

Siapakah empunya tanah ini sebenarnya...? Dalam dokumen tertulis Rezab Melayu, tetapi, semakan ke atas nama empunya didapati nama Cina... Cina ni siapa? Melayukah? Aku jarang pula dengar Melayu guna nama Cina...?

Aku pasti kerajaan negeri punyai kuasa terhadap tanah rezab Melayu, apa sudah jadi...? Kerajaan Negeri kena jawab isu ini agar dapat memastikan hak orang Melayu terjamin...  

Aku masih meletakkan diri dalam keadaan tidak percaya, mungkin ini adalah helah pembangkang... Jadi, kerajaan Negeri Pimpinan UMNO perlu memberi hujah balas agar perkara ini kita dapat jawab sebaik mungkin...

JOMO: Takkan Melayu Hilang Didunia... Tapi, kalau dah tanah Melayu pun hilang, Melayu nak tinggal di mana...?

Lanjut baca sumber


2 comments:

  1. Bukan kah sdr , saya dan semua kita berada di "Boleh Land" ? dimana segala galanya yang "tak boleh" boleh saja di"Boleh"kan !

    ReplyDelete
  2. Memang Melayu yang menjahanamkan Melayu sendiri, dapat habuan tak seberapa semuanya jadi.

    ReplyDelete