Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 16 January 2015

Hot! Akhirnya 'Mereka' Akui Surat FBI Tiada Isu... @NajibRazak @Zahid _Hamidi @PDRMsia @HishammuddinH2O @MuhyiddinYassin




Selepas penjelasan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi kepada Media dan Kabinet, habis kecut budak-budak pro pembangkang termasuk Media KungKalikung mereka bahawa DS Zahid berada pada kedudukan yang betul dan tepat dalam isu surat kepada FBI...

Walaupun hakikatnya, isu ini sengaja diperbesarkan oleh Media Kungkalikung ditambah pula dengan kelalaian oleh 'segelintir' Blogger Pro Kerajaan yang begitu cepat terpengaruh dan termakan dengan permainan offside media kungkalikung pembangkang ini...

Umum mengetahui, fakta yang dispin secara membabi buta oleh mereka ini, akhirnya memakan diri mereka sendiri... Penjelasan isu oleh DS Zahid diterima baik oleh kabinet dan kebanyakan mereka akui ini adalah perkara 'administrative' yang tidak perlu pun dibawa ke kabinet...  Banyak lagi isu besar tentang kepentingan negara yang lebih penting untuk dibincangkan...

Aku tak kisahlah siapa Paul Phua ni, yang penting DS Zahid telah menyatakan beliau secara konsisten akan terus membanteras apa juga perkara yang melibatkan gangsterisme, dadah, judi yang pastinya merosakkan rakyat di negara ini...

Aku lihat usaha mereka untuk menjatuhkan DS Zahid gagal, namun aku percaya manusia-manusia pendusta seperti ini tidak akan berhenti... Kita lihat sahaja macamana Si Tua Lim Kit Siang ini, cuba menghala isu ini kepada DS Hisham dan Menteri KDN sebelum ini...

image












image

Aku percaya, 'mereka' ini tengah marah kepada DS Zahid yang berjaya mempertahankan Akta Hasutan walaupun mereka sedaya upaya ingin menghapuskan Akta Hasutan tersebut, sebagaimana mereka memberi tekanan kepada KDN dan kerajaan untuk menghapuskan kepada Akta ISA suatu 'MASA' dahulu... Mereka mahu menjatuhkan kredebiliti dan survival politik DS Zahid dengan menzahirkan seberapa banyak isu untuk dijadikan peluru... Tapi mereka lupa dan tak tahu TEMBOK PERTAHANAN Menteri seperti DS Zahid yang tidak lekang membaca ayat suci AlQuran dalam ucapannya ini begitu kuat dan utuh...

JOMO: Benarlah firman Allah “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Teruskan perjuangan! Allah sentiasa menyayangi dan bersama Orang-Orang yang Sabar...

No comments:

Post a Comment