Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 7 January 2015

DAP Marah? Banjir Satukan PAS dan UMNO... @NajibRazak @MuhyiddinYassin @abdulhadiawang


PASIR MAS 6 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan bencana banjir di negeri ini telah membuka ruang kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.

Muhyiddin berkata, kerjasama itu menjadi sejarah apabila pemimpin UMNO dan Pas bersetuju untuk duduk bersama dengan mengetepikan soal politik untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri ini yang ditimpa musibah banjir.

“Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Pas Kelantan dan Alhamdulillah, Menteri Besar bersetuju. Saya bersetuju, Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) bersetuju. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberi ‘rukhsah’ (persetujuan) beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gotong-royong Membersih Kawasan Sekolah Pasca Banjir dan Pelancaran Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenok, di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa untuk melawat dua buah rumah di Kampung Tanjong Chenok di sini yang terjejas teruk akibat banjir besar lalu. - UTUSAN ONLINE -sumber 

JOMO: Awas! Musuh Islam sedang mencari jalan mengagalkan apa juga usaha murni untuk memastikan roh perjuangan Agama Bangsa dan Negara di Negara ini gagal... Awas dengan musuh islam seperti golongan Kafir Chauvinis yang sentiasa penuh dengan penipuan dan kelicikan... Bersatulah Melayu! Bersamalah rakyat Malaysia menjaga kerukunan yang ada...

4 comments:

  1. Bersatulah supaya Melayu tidak akan di hina Islam tak akan di pijak

    ReplyDelete
  2. melayu akan bersatu bilamana semuanya sudah dimiliki oleh orangt lain.

    ReplyDelete
  3. Melayu boleh bersatu ke? susah nak cakaplah. Pada hemat saya selagi pangkat, kedudukan, harta benda dan wang ringgit menjadi serta kuasa menjadi kiblat perjuangan selagi itulah melayu tak akan bersatu..
    Sebagai cuntuh,kalau UMNO dan PAS bersatu apakah sanggup UMNO mengizinkan pemimpin PAS jadi Perdana menteri? Atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri? Sanggupkah beberapa jawatan menteri yang sekarang di miliki pemimpin UMNO bertukar tangan kepada PAS?
    Kalau sanggup , Syabas!!.Kalau tidak itu perjanjian berat sebelah namanya. Kata P.Ramle demokerasai terpimpin. Orang PAS boleh terima ke? Macamana kalau 50-50 ? atau sekurang2nya 60-40.? Negara ini milik kita bersama.Asal usul milik melayu.Macam kita ni lah.UMNO dan PAS lah punca perpecahan. Zaman kesultanan dulu2 tak pecah2 pun. Hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama di cicah. Bosan lah peca2 macam ni.

    By;Pak Mat Kampung Hulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pak mat. Tapi jgn la terlalu prejudis sgt. Tak kiralah melayu belah sisi mana, pas ka umno ka, kalau istiqomah dgn agama, bukan parti maka penyatuan melayu Islam akan menjadi kenyataan. By: menantu pak tam kg hilir

      Delete