Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 12 December 2014

PATI! Kenyataan Akhbar DS @MusaHjAman cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi @mpkotabelud @Rosnah_ARS

Kenyataan Akhbar

Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
Ketua Menteri Sabah
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa 
Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)
10 Disember 2014

Hari ini saya telah mempengerusikan dua mesyuarat yang melibatkan aspek keselamatan negeri Sabah iaitu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) dan Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua agensi berkaitan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Dalam mesyuarat ini, saya telah menekankan bahawa susulan daripada pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Berhubung PATI di Sabah, Kabinet Negeri telah memutuskan agar tindakan drastik diambil dalam menangani isu dan permasalahan berkaitan PATI di Sabah. Sehubungan itu, antara perkara utama yang telah dibincangkan adalah usaha untuk memantapkan strategi dan pendekatan bagi menangani keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di dalam negeri Sabah. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengambil tindakan drastik memberikan fokus kepada dua aspek utama iaitu:

1. Menangkap dan mengusir keluar PATI yang sedia ada di dalam negeri; dan
2. Menghalang kemasukan baru PATI dari luar

Untuk fokus pertama (1), kita telah meneliti beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam operasi sedia ada yang giat dijalankan oleh semua agensi. Kita memutuskan untuk melaksanakan semula Operasi Bersepadu pada kadar segera. Namun begitu, saya telah mengarahkan persediaan awal pra operasi dilaksanakan dalam masa terdekat untuk memantapkan operasi yang akan dilaksanakan.
Ini termasuk:

1. Menambah kapasiti Pusat Tahanan Sementara (PTS) sedia ada yang hanya boleh menampung seramai 5,000 penghuni dalam satu masa. Langkah drastik yang dicadangkan adalah untuk mengenal pasti lokasi dan bangunan bersesuaian untuk diubahsuai dan diwartakan sebagai PTS untuk memastikan kapasiti tahanan dapat ditingkatkan segera tanpa perlu menunggu pembinaan PTS baru.

2. Mengkaji dan menambah baik Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) berhubung proses pengusiran dan penghantaran pulang PATI ke negara asal. Ini meliputi aspek reman, penyiasatan, dokumentasi dan jadual pengusiran. Sungguhpun tempoh SOP semasa sudah ditambahbaik dari purata 6 bulan kepada 2 bulan, namun ia masih dilihat tempoh yang agak lama dan melibatkan kos operasi yang tinggi khususnya penyediaan makanan tahanan dan penyelenggaraan serta kawalan PTS. 

Penambahbaikan SOP ini juga memerlukan perundingan dan kerjasama dengan negara asal yang merupakan antara perkara utama yang perlu diselesaikan kerana tahap komitmen mereka akan menentukan sejauhmana tempoh proses pengusiran dapat disingkatkan.

Sebuah Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah dibentuk untuk menyusul perkara-perkara berbangkit di atas dan sekali gus mengetuai pelaksanaan Operasi Bersepadu.

Pada masa yang sama, saya menggesa semua pihak khususnya para majikan dalam semua sektor untuk memastikan semua pekerja mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah. Begitu juga, semua pemimpin masyarakat, ketua-ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung diarahkan untuk memberikan kerjasama kepada agensi keselamatan dengan memberikan maklumat tentang keberadaan PATI di tempat masing-masing. 

Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi PATI. Jangan salahkan kerajaan jika kerajaan mengambil tindakan tegas kerana peringatan telah diberikan sejak sekian lama.

Untuk fokus kedua (2) pula, kita memutuskan supaya diteruskan strategi semasa melalui pelaksanaan Perintah Berkurung di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Pada masa yang sama, inisiatif ini akan dimantapkan dengan cadangan strategi baru iaitu mewartakan pulau-pulau tumpuan perlindungan dan persembunyian PATI dan penjenayah rentas sempadan sebagai Kawasan Larangan.

Strategi ini penting kerana didapati pulau-pulau di sekitar perairan ESSZONE telah menjadi antara lokasi perlindungan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dan penculikan serta persembunyian PATI yang ingin memasuki negeri Sabah. Terdapat lebih 360 pulau di sekitar ESSZONE dan 83 daripadanya terletak di perairan Semporna.

Secara prinsipnya kita bersetuju untuk menggerakkan strategi Pewartaan Pulau-Pulau Sasaran sebagai Kawasan Larangan ini dengan pelaksanaan secara rintis di pulau-pulau sasaran. Pelaksanaan ini tertakluk kepada kajian yang akan dilaksanakan oleh sebuah Jawatankuasa Bertindak.

Sebagaimana strategi Perintah Berkurung, kita yakin pewartaan Kawasan Larangan akan membawa impak yang signifikan dalam agenda membendung kemasukan PATI ke dalam negeri. Ini sekali gus membantu usaha pencapaian agenda besar Kerajaan dalam menangani permasalahan PATI yang menjadi antara fokus utama dalam masa terdekat.

=Tamat=

1 comment:

  1. Yg. amat PENTINGnya, secara PRAKTIK, dan dgn. SEGERA ialah supaya DYMM YDPA melalui Majlis Raja-Raja, mengambil alih tugas MENGENDALIkan Tanah Rizab Melayu kita (juga untuk pastikan tidak dibangunkan oleh individu semata-mata; dan sebarang pembangunan hanya utk. kebajikan keseluruhan umat Islam/Melayu terutamanya yg. MISKIN/sederhana), Bahasa Melayu/Arab/Jawi dan Rejimen Askar Melayu diRaja kita ni, serta Kesultanan Islam/Melayu/YDPA, melalui Majlis Raja-Raja dikembalikan KUASA EKSEKUTIF memberikan KERAKYATAN; yg. mana kuasa ini telah diRAMPAS sewenangnya oleh PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT. Kerana, kenapa sbg. NEGARA ISLAM, kita ni punyalah TAKUT nak beri KERAKYATAN pd. pelarian Islam Rohingya, Palestin, Syria, Iraq dsbnya?! Dan lihatlah nasib malang kes anak-anak pelarian Rohingya yang saudara se Islam kita tapi tidak di perlakukan dengan adil di negara Islam kita ini; contohnya untuk ke sekolah - lihat di http://202.190.126.82/utusan/Bicara_Agama/20140305/ba_03/Sinar-buat-kanak-kanak-Rohingya , Sinar buat kanak-kanak Rohingya, Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD, ARKIB : 05/03/2014!

    Lagipun, bayangkanlah kalau si DAPBANGKAI dpt. kuasa kat Putrajaya (Na’uzubillahi min zalik) – mungkin akan memberi kerakyatan pd. BERJUTA Pendatang Kapir ; maka HANCOQlah NEGARA ISLAM kita ni! Tengok sajalah S’pura dan ISrael (yg. juga sebahagian dari NATO) yg. mengamalkan "demokrasi/hak asasi"-PENIPU si Barat/Zionis tu - di mana kaum PENDATANG KAPIR; dibawa masuk BERJUTA, utk. MENGURANGkan jumlah BUMIPUTERA Islam; maka si PENDATANG/PENJAJAH KAPIRDAJAL terus MENANG dan selamanya dpt. MENGUASAI bumi BUMIPUTERA Islam tersebut!

    Lihat bagaimana undg-undg terbaru yg. menjadikan ISrael sbg. negara Yahudi dgn. MENGHAPUSkan hak BUMIPUTERA Arab Palestin termasuk Bahasa Arab walaupun sbg. bahasa kedua; dan mana-mana Yahudi dari seluruh dunia boleh menjadi rakyat ISrael - di akhbar (pro-Zionis) http://www.theguardian.com/world/2014/nov/23/israeli-cabinet-approves-bill-defining-nation-state-jewish-people , Israeli cabinet approves legislation defining nation-state of Jewish people, Peter Beaumont in Jerusalem The Guardian, 23 November 2014!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete