Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 14 December 2014

Kalimah Allah! MB/KM Tiada Kuasa? DAP ada Faham kah? Cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Dalam keadaan orang Melayu tertekan di Pulau Pinang... Dalam isu penyalahgunaan wang zakat... Harga rumah melampau... isu ketirisan... Lim Guan Eng cuba mengalih isu dengan membangkitkan isu lapok yang telah dijawab kemas dan diselesaikan dengan cara berhemah oleh pihak kerajaan sebelum ini...

Apa sudah jadi dengan Melayu di Pulau Pinang? Adakah semakin baik? Adakah orang Melayu semakin kaya di bawah pentadbira DAP? Tepuk dada tanya iman masing masing...

Mereka tak boleh buat apa, untuk memastikan DAP terus subur mereka main isu demi kepentingan mereka... walhal, mereka sebenarnya berada dalam keadaan cukup gawat...

Isu kalimah Allah mereka cuba mainkan semula... untuk apa??? Nak tutup kelemahan lah jawabnya...

BAGAN DATOH:  Ketua Menteri atau Menteri Besar tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   

Beliau berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.

"Walaupun fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi kuasa eksekutifnya tidak terletak kepada menteri besar atau ketua menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh pada Sabtu.

Menurutnya ini selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan kalimah 'Allah' adalah eksklusif untuk umat Islam.

Beliau diminta mengulas mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Lim dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Ahmad Zahid berkata secara lazimnya Yang Dipertua Negeri memberikan kuasanya kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam atau ketua jabatan agama Islam negeri, bukannya hak mana-mana menteri besar atau ketua menteri untuk menyatakan pendirian dan fatwa bagi negeri-negeri berkenaan.

Ketika ditanya sama ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu apabila pembangkang terus menjadikan penggunaan kalimah Allah sebagai isu, beliau berkata polis akan mengambil tindakan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan apabila ada laporan polis (dibuat), akan melakukan siasatan selepas kertas siasatan disiapkan, ia akan dikemukakan kepada pegawai pendakwa raya," katanya.   

Menurutnya isu berkaitan hal ehwal agama Islam sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah Syariah yang akan melakukan pendakwaan terhadap mana-mana pihak.   

"Tetapi kes-kes untuk orang bukan Islam, kita serahkan atas kebijaksanaan Mahkamah Syariah untuk melakukan tindakan," katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment