Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 17 December 2014

Inanam! Bagi Laluan @anwaribrahim Bertanding? Rolland Chia Akan Letak Jawatan Masalah Kesihatan...

Isu khabar perletakan jawatan sebagai Adun Inanam Sabah menjadi persoalan yang menimbulkan tanda tanya...

YB PKR yang dikenali sebagai YB "gambar" sebab suka mengambil gambar dikalangan penduduk setempat ini dikhabarkan akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat akibat masalah kesihatan...

PKR yang dilihat sudah tidak relevan dalam politik Sabah dilihat cuba bermain sesuati bagi memanaskan lagi suasana politik di Sabah... Sabah kekurangan calon PKR untuk menjatuhkan BN... Apakah pula percaturan Anwar selepas ini...? Kalau sebelum ini BN tewas disebabkan faktor nasional dan khabar angin yang menyatakan BN tidak bekerja akhirnya memakan diri penduduk Inanam itu sendiri...

YB Rolland yang sibuk mengambil gambar, tapi, kurang membantu penduduk Inanam itu sendiri... Ada yang melihat juga kemenangan PKR adalah disebabkan penolakan terhadap calon yang dikemukakan oleh BN... Difahamkan ahli parti sendiri tidak menyukai calon yang ditonjolkan...

Jika benar PKR meletakkan jawatan, apakah BN sudah ada calon yang sesuai...?

Menyelam sambil minum air, PKR juga dilihat cuba menghangatkan isu RCI dan PATI yang difikirkan menguntungkan mereka... Namun, andai pengamatan politik seperti ini yang dibuat pastinya PKR bakal mengundang kekalahan yang besar dalam PRK akan datang...

Cubaan manjatuhkan BN Sabah sehingga hari ini tidak kesampaian... Pimpinan baik dan cemerlang ditunjukkan Dato Seri Musa Aman juga cabaran besar untuk PKR... Apakah Anwar bakal bertanding di sana? Strategi kolot sama seperti Kajang Move...?

Jomo: Kita tunggu dan lihat... Apa yang pasti PKR Sabah dalam kesempitan...

3 comments:

  1. Dah kenyang makan gaji buta.

    ReplyDelete
  2. Bagus lah letak jawatan wakil pembangkang tidak boleh buat apa2 untuk penduduk Inanam. Makan gaji buta saja.

    Pengundi P171 Sepanggar.

    ReplyDelete