Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 30 December 2014

GERAK KERJA KDN BANTU MANGSA BANJIR cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA

BANTUAN DAN SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kementerian Dalam Negeri telah memulakan gerak kerja khas bagi menangani keadaan dengan menyalurkan bantuan dan sumbangan ke negeri-negeri yang teruk terjejas akibat kejadian banjir. Kesemua sumbangan telah disalurkan melalui Jabatan dan Agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Jabatan dan Agensi lain di bawah KDN yang terlibat adalah Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Bagi meningkatkan lagi inisiatif berkenaan, Kementerian telah membuka pusat penerimaan sumbangan oleh orang ramai bertempat di Dewan Gemilang, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Antara barang keperluan yang sangat diperlukan ketika ini ialah :

1.     Makanan dan Minuman                : biskut, makanan dalam tin, air minuman, kurma, dll.

2.     Keperluan Ubat-Ubatan              : Paracetamol, plaster, minyak panas, iodin, dll.

3.     Keperluan Sanitari                 : lampin pakai buang, tuala wanita, dll.

4.     Pakaian dan Keperluan Harian      : pakaian, tuala, kain pelikat, selimut, dll.

Penghantaran barang-barang sumbangan akan diselaras oleh KDN dan seterusnya pengedaran bahan-bahan sumbangan ke daerah-daerah yang terlibat akan diselaras oleh JPAM.

Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Bagi memudahkan tugas pengedaran, semua barang sumbangan boleh diasingkan mengikut jenis dan pakaian juga boleh dikumpulkan mengikut saiz, jantina dan sebagainya. Orang ramai boleh menyalurkan bantuan ke pusat pengumpulan bantuan bencana mangsa banjir KDN antara jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

KDN juga mengalu-alukan penyertaan sukarelawan termasuk mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi untuk menyertai sukarelawan KDN bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan membantu mangsa di kawasan yang teruk terjejas akibat banjir.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-88868110 atau 03-88868112 untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih

Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Jomo:Tahniah KDN!

No comments:

Post a Comment