Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 29 December 2014

Batal Cuti! Tahniah Kerajaan

Semua Ketua Perkhidmatan,
Semua Ketua Setiausaha Kementerian,

YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’,

PEMBATALAN KELULUSAN CUTI REHAT UNTUK KETUA-KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DAN KETUA-KETUA PERKHIDMATAN BERKUATKUASA SERTA-MERTA DAN MESYUARAT KHAS PENGURUSAN KRISIS BANJIR PADA 30 DISEMBER 2014

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut diatas.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan arahan YAB Perdana Menteri supaya semua YB Menteri-Menteri Kabinet  kembali bertugas daripada bercuti rehat pada kadar segera dalam membantu pengurusan krisis banjir yang melanda negara masa kini, YBhg Ketua Setiausaha Negara telah membuat keputusan supaya Kelulusan Cuti Rehat untuk semua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Perkhidmatan adalah DiBatalkan Berkuatkuasa Serta-Merta.
 
3.        Sehubungan dengan itu, semua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Perkhidmatan hendaklah kembali bertugas di pejabat pada kadar segera. Dalam hubungan ini juga,YBhg Ketua Setiausaha Negara akan mempengerusikan mesyuarat Khas Pengurusan Krisis Banjir khususnya mengenaipengagihan tanggungjawab dan tugas setiap kementerian dan agensi pusat. YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’ adalah dipohon hadir ke mesyuarat tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh:   30 Disember 2014
Masa:     10.30am
Tempat: Dewan Persidangan
               Aras 1, Blok Timur,
                Bangunan Perdana Putra
 
Kerjasama dan perhatian YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’ dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. 

(Dato’ Norazman Ayob)
Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara

Jomo: Tahniah di atas inisiatif ini... nanti boleh sambung cuti selepas banjir... Apapun, pasca banjir adalah yang paling mencabar...

No comments:

Post a Comment