Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 25 November 2014

UMNO Mesti Sedar! Beri Peluang Anak Muda 'Luar' Sertai UMNO... @NajibRazak @Zahid_Hamidi @mohdshafieapdal @HishamuddinH2O

Banyak respon yang diperolehi dari rakyat dan orang atas pagar, antara penyebab mereka tak masuk UMNO sebabnya SUSAH NAK JADI AHLI UMNO... Biar betul? Aku jumpa beberapa bekas pemimpin pelajar juga memberi respon yang sama, mereka dah isi borang UMNO, tapi, sampai sekarang tak ada respon... Hilang agaknya???



Telah banyak teguran dan nasihat diberikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyedarkan orang di dalam parti bahawa, jangan disekat akan hasrat anak muda diluar sana untuk masuk dan berbakti kepada UMNO... Anak muda yang berasal dari keluarga yang tiada apa-apa, tetapi, punyai semangat berjuang yang tinggi demi Agama Bangsa dan Negara...

Aku lagi tersentap, bila ada bekas pemimpin mahasiswa yang lantang berkata "Aku walaupun Bukan Ahli UMNO, tapi, aku kerja aku berjuang lagi UMNO daripada Ahli UMNO sendiri...". Ini aku sendiri akui, bila melihat apa yang dilakukannya demi Agama Bangsa dan Negara dan yang paling penting, memberikan kredit secara tidak langsung kepada UMNO itu sendiri... Tapi, orang-orang ini tidak pernah dilihat oleh pemimpin-pemimpin UMNO... Sedarlah wahai Ahli UMNO!

Atas dasar ini, aku setuju dengan kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi yang jelas ingin menyatakan UMNO bukan milik mana-mana keturunan atau keluarga... Aku juga setuju, jika cara dan kaedah menjadi ahli UMNO dipermudahkan, agar jentera parti sendiri boleh mencari bakat-bakat baharu dalam usaha meremajakan UMNO itu sendiri...

Jawatan dalam parti bukan milik selamanya mana-mana keturunan, sebaliknya peluang harus diberikan kepada golongan muda mengambil alih tanggungjawab tersebut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini. 

Mengulas gesaan bagi menjayakan proses peremajaan parti, naib presiden Umno itu berkata tanggapan mengatakan sesuatu jawatan yang disandang untuk selama-lamanya sudah berlalu kerana ia bukan kekal bagi satu legasi sahaja. 
“Kita bukanlah ‘warlord’ yang menganggap jawatan dalam parti itu kepunyaan kita dan harus dimiliki keturunan kita atau terus dipegang oleh kita,” kata Zahid semasa sidang media selepas menghadiri program anjuran Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Putrajaya. 
Beliau menggesa pemimpin yang sudah terlalu lama berada dalam Umno supaya memberi laluan kepada generasi baru sebelum mereka sendiri yang diundurkan.
“Bila tiba masanya, bila dapat isyarat yang kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundur diri sebelum kita diundurkan,” katanya. 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu depan menggesa golongan muda diberi peluang menyertai barisan kepimpinan Umno bagi meremajakan parti.
Najib berkata golongan muda perlu diberi panduan dan bimbingan memimpin supaya Umno dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif serta dinamik.
“Kalau mahu teruskan kekuasaan, kita mesti lakukan peremajaan pada parti dan mesti cari kepimpinan yang boleh dianggap sebagai ada kemampuan,” katanya. 
Zahid sementara itu berkata, Umno ketika ini sedang menimbangkan mengubah perlembagaan parti bagi membuka peluang kepada golongan muda terus menyertai parti Melayu tersebut tanpa perlu melalui cawangan atau bahagian di negeri-negeri. 
Pengkritik sebelum ini menyifatkan proses peremajaan Umno gagal kerana sering disekat pemimpin lama di peringkat cawangan dan bahagian... Selanjutnya baca di sini

JOMO: UMNO mesti sedar... UMNO Mesti Sedar... UMNO Mesti Sedar...

No comments:

Post a Comment