Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 30 November 2014

Support Sikit Ketua Puteri UMNO... Jamin Keluarga Bahagia

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kewangan berbincang bagi melaksanakan potongan gaji penjawat awam sebanyak 10 peratus secara automatik untuk diserahkan kepada isteri masing-masing, kata Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

"Jika sebelum ini, perkara itu (potongan gaji) sudah dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan yang membabitkan anggota tentera. Saya harap ia boleh dilaksanakan sepenuhnya di semua jabatan kerajaan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Dalam pada itu, Puteri turut mencadangkan kerajaan wujudkan program bantu siswa mendapatkan pekerjaan kerana lebih 64,000 graduan wanita masih menganggur.

Sehubungan itu, Puteri UMNO menggesa kerajaan supaya melaksanakan konsep kerja dari rumah dan waktu kerja secara fleksibel terhadap golongan wanita muda profesional seperti yang diamalkan di negara maju ketika ini.

Katanya, trend wanita berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa semakin meningkat menyebabkan banyak kehilangan tenaga kerja di kalangan wanita muda profesional.

"Keadaan ekonomi sekarang memaksa kaum wanita turut sama menjadi penyumbang kepada pendapatan keluarga. Sehubungan itu, Puteri UMNO mencadangkan supaya usul memperkasakan wanita bekerjaya diperluaskan dalam di sektor awam.

"Ia antara lain menggalakkan konsep kerja dari rumah serta kerja secara fleksibel yang berjaya diamalkan di negara maju," katanya.

Jomo: Saling memahami kunci keluarga bahagia...

No comments:

Post a Comment