Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 11 November 2014

Sokong SEBAT MANDATORI EJEN-EJEN HARAM Di NEGARA INI... @NajibRazak @Zahid_Hamidi



Bagi aku isu pendatang asing tanpa izin ini akan terus menjadi perkara yang perlu dibanteras secara berterusan. Ianya tidak akan selesai kerana:

1. Selagi ada manusia diluar (negara) yang miskin dan mahukan pekerjaan. Justeru, mereka mengambil jalan mudah dengan menyelinap masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

2. Selagi ada manusia di dalam negara ini yang degil dan mahukan keuntungan dan buat kerja senang tanpa mengambil kira soal haram ataupun tidak, soal sah ataupun tidak, janji untung dan senang kerja.

Banyak lagi alasannya seperti wejudnya ejen-ejen haram, korupsi, tiada ilmu, kawalan tidak ketat dan lain-lain lagi tapi, bagi aku perkara pokok di atas ini, selagi ianya berterusan selagi itu isu pendatang tanpa izin ini takkan selesai. Justeru, ini adalah langkah dan tugas yang takkkan pernah selesai, apatah lagi negara kita semakin maju, peluang mencari duit pun adalah senang.

Aku setuju dengan pandangan Menteri Dalam Negeri malam tadi berkenaan dengan hukuman yang berat dikenakan terhadap ejen-ejen haram yang bawa masuk pendatang Tanpa izin ini.


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen haram yang membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini. 
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan memberi pengajaran kepada golongan itu yang sebelum ini dilihat tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan. 
"Denda dan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah ini tidak setimpal. Oleh sebab itu, hukuman sebat secara mendatori mesti dibuat selain menambah kadar denda sedia ada bagi memastikan pesalah-pesalah ini serik melakukan kesalahan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan Program Ruang Bicara Bernama TV di sini Isnin malam.

Tambah beliau, hukuman serupa juga perlu dilaksanakan ke atas pengusaha-pengusaha mesin judi haram yang didapati masih berdegil untuk beroperasi setelah diserbu beberapa kali oleh penguat kuasa. 
"Dengan pelaburan dan pendapatan yang diperoleh, pengusaha-pengusaha ini tidak kisah membayar sejumlah denda kepada penguat kuasa kerana dalam sehari mereka boleh mengaut keuntungan RM100,000 hingga RM200,000. 
"Itu sebab saya rasakan hukuman sebat berkesan tetapi kemudian ia juga harus diikuti unsur-unsur pencegahan seperti mengasimilasikan kesedaran dalam kalangan rakyat pelbagai kategori," katanya. 
Ditanya mengenai isu Cameron Highlands yang dibanjiri PATI, Ahmad Zahid berkata KDN akan menjejaki ejen-ejen yang membekal kumpulan PATI tersebut sehingga ke lubang cacing. - BERNAMA

JOMO: Biar mereka rasa! Ingat! Ini agenda besar negara, kita kena bangkit dan ebri maklumat jika ada manusia yang cuba membawa masuk PATI dan melindungi PATI... 

2 comments:

  1. Beranikah pula kerajaan menyebat kakitangan penguatkuasa seperti polis dan lain-lain yang bresekongkol melindungi PATI ? Apa pula tindakan kerajaan jika terdapat pegaai kanan polis terlibat dengan judi haram dan ekor haram atas tujuan melindungi keselamatan ? Apa pula tindakan kerajaan jika pemain politik turut terlibat dalam banyak kes-kes yang 'haram'

    Jangan lah buat kerja hangat-hanagt tahi ayam kerana sudah banyak kali kita dengar KDN dan pelbagai agensi penguatkuasa lain yang mempermain mainkan undang-undang yang sepatutnnya mereka kuatkuasakan. Contoh Polis - beri pelindungan kepada PATI , Imigresen menutup mata walaupun jelas dilihat ramai rakyat 'pakistan jual karpet' berkeliaran dengan motosikal atau van dengan permit yang mencurigakan , kastam yang membuka ruang pintu masuk disempadan bagi kegiatan penyeludupan senjata atau dadah, jpj yang mana kakitangan nya sendir melanggar peraturan : no plate , cermin gelap. no kecil dll ...Banyak lagi contoh jika nak ditulis.. kerana yanag dituliss berlaku didepan mata ramai orang. Apa tindakan kerajaan ..

    Yang jelas - setiap tindaka hanya hangat-hangat tahi ayam ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebat aje la. Apa masalahnya? Mcm ko pulak yg bermasalah...

      Delete