Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 28 November 2014

PM @NajibRazak Akhirnya Sedar... Kekal Akta Hasutan Dapat Sokongan Banyak Pihak

Selepas pengumuman Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia untuk mengekalkan Akta Hasutan, pelbagai respon diterima... Kebanyakan respon yang diterima menyambut baik dan sokong kepada pengekalan akta ini...

PM Najub akhirnya sedar keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan pada tahun 2012 yang bakal digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebenarnya tidak mendapat respon yang baik bukan sahaja dikalangan Pemimpin dan Ahli UMNO malahan rakyat marhein yang begitu risau...

Aku tak tahu, siapalah pandai-pandai bagi nasihat kepada PM untuk mansuhkan Akta Hasutan pada tahun 2012 itu... Bidang kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu (2012) sepatutnya memberikan input yang jelas kepada Perdana Menteri bukan hanya angguk kepala semata... Ni pembangkang dah main isu PM kononnya menipu, walhal beliau hanya ikut kehendak rakyat...

Akta Hasutan sebenarnya sangat penting untuk menjaga hal ehwal keselamatan negara... Dengan sedikit penambahbaikan dengan memasukkan elemen mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia menjadi antara perkara menarik dalam akta ini... Tambahan lagi dengan elemen menjaga hal ehwal agama islam dann agama-agama lain ianya dilihat sebagai Akta yang cukup ampuh terutamanya bagi mengelakkan kekacauan dikalangan agama di Negara ini..

Aku nak katakan sekali lagi, kepada penasihat-pansihat PM, jangan hanya tertawan dengan perkataan transformasi semata-mata tanpa memikirkan secara mendalam ada apa dengan transformasi; "do,'s and dont's"... Jangan jadi penasihat tak guna yang boleh jadi PUNAHsihat kepada UMNO dan kerajaan BN... Cuba jangan Nampakkan PM sebagai Orang Bodoh! Itu kena jelas...

Apapun, aku ucapkan terima kasih kepada PM yang dengar rintihan dan respon rakyat yang majoriti... Tindakan baik walaupun dilihat kebelakang...

Jomo: Jangan hanya kerana transformasi perkara-perkara penting tidak dipedulikan... Transformasi itu penting dan saya sendiri sokong, tapi, jangan jadikan ia sebagai landasan untuk mengiyakan segalanya...

Aku pecaya Menteri Dalam Negeri ketika ini (DS Zahid Hamidi) dapat melakukan yang terbaik bagi membantu PM Najib... In Sha Allah!

4 comments:

  1. Ini takkan berlaku sekiranya najib adalah seorang yg benar benar mengkaji di dalam membuat sesuatu keputusan yg tepat. Akibat terlalu mendengar pandangan org sekeliling yg berkepentingan akhirnya menampakkan ketidak cerdikan diri semakin terserlah. Najib terlalu longgar dan serta tudak berani di dalam membuat sesuatu keputusan yang benar2 masak dan baik. Walaahualam

    ReplyDelete
  2. Kita boleh menuduh penasihat2 yg memberi nasihat yg tak berapa baik kepada PM TETAPI tanggungjawab adalah PM sendiri mesti membuat keputusan...the bug ends in the hands of the PM

    ReplyDelete
  3. Najib problem maker..
    dia yang create isu nak hapus Akta Hasutan tanpa berbincang dengan UMNO, lepas tu dia berlakon jadi HERO konon menyelamatkan Akta HAsutan?? stupid Najib.. better step down lah Najib and go take care your BINI 24/7 hours.. BOSAN!

    #KEMBALIKAN ISA.. NAJIB MUST STEP DOWN

    ReplyDelete
  4. kalau BN nak menang, Najib mesti letak jawatan. Orang melayu ramai kecewa dengan mu NAjib. Jgn harap undi Cina. Yang Najib kena risau adalah undi melayu pulak.

    ReplyDelete