Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 30 November 2014

Pemimpin Kena Terima Pendapat dan Pandangan...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya" (Riwayat al-Bukhari).

Berasaskan hadis inilah apa yang jelas ialah sikap setiap pemimpin perlu untuk menjaga hak-hak yang dipimpin dengan sempurna. Begitulah jua betapa besarnya tanggungjawab seorang pemimpin terhadap orang yang dipimpinnya.

Dalam Islam kepimpinan dilihat sebagai satu tanggungjawab, bukan sebagai mengejar kuasa. Ini kerana kepimpinan dalam Islam wujud pada setiap peringkat sesuai dengan keadaan dan situasinya. Sebagai contoh kerajaan bertanggungjawab memimpin rakyatnya, ketua memimpin orang bawahannya, suami memimpin isteri, ibu bapa memimpin anak-anak dan sebagainya.

Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana kita mempunyai seorang tokoh teragung yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh umat Islam malah disanjungi oleh ramai cendekiawan Barat kerana mempunyai kebolehan dalam memimpin sebuah negara dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya.

Dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin negara, baginda membuktikan bahawa keputusan berasaskan perbincangan adalah membawa kepada kejayaan. Imam Ibn Kathir juga telah memberi contoh beberapa perbincangan yang telah dilakukan oleh Rasulullah dengan para sahabat baginda dalam menyelesaikan konflik ketika dalam perang Badar, perang Ahzab dan dalam perjanjian Hudaybiah.

Sejarah Rasulullah SAW ini menjelaskan kepada kita bagaimana sistem perbincangan (syura) telah dibentuk dalam kalangan sahabat sehingga dapat membuat keputusan yang boleh dipercayai.

Sekiranya Rasulullah SAW boleh menerima pandangan sahabat-sahabatnya sedangkan baginda adalah merupakan penghulu kepada rasul, nabi dan umat manusia, maka mengapa hari ini ada segelintir pemimpin yang terlalu ego dan sombong untuk sekurang-kurangnya mendengar pandangan orang lain?

Selanjutnya baca www.ikim.gov.my/index.php/ms/utusan-malaysia/8613-bersikap-terbuka-menerima-teguran-dan-pandangan

Jomo: Berkatalah benar walaupun pahit... Rakyat ada hak terhadap pemimpin, setiap apa yang pemimpin lakukan pastinya dinilai oleh rakyat... Beri pendapat atau menegur itu bukan bermaksud benci, tetapi, kerana sayang kepada pemimpin itu dan lebih besar lagi kepada perjuangan parti... Kalau ada teguran itu boleh hadapinya secara berhemah...

Apapun, saya lihat Perdana Menteri cukup berhemah dalam perkara ini... Mungkin sebab itulah 'nyawa' politiknya panjang dalam perjuangan ini... Kadang2  "Pm pun saya kritik juga..." mungkin pemimpin lain boleh ikut cara PM...

Saya yakin dan percaya pemimpin yang ada pada dalam BN harini adalah pemimpin berkualiti yang punyai potensi besar bagi meneruskan kemenangan Barisan Nasional dimasa akan datang... In Sha Allah! Sama-samalah kita perbaiki diri...

1 comment:

  1. Awatlah YAB PM kita ni - aku syak beliau diHASUT PUNAHsihat-LIBERAL-BANGANG yg. tengah BERDENDAM membara, akibat dikutuk dan didedahkan si para blogger pro-UMNO yg. JUJUR, BERANI, TEGAS dan TIDAK TAMAK KUASA/PUJIAN (BUKAN PEMBODEK-mcm-KULI)!

    Aku tak setuju MO ‘attack‘ hanya pd. PEMBANGKANGTERKANGKANG, tapi juga perlu pd. mana-mana si MUSUH ISLAM/umatnya dari dlm. UMNO/BN sendiri serta pemimpin UMNO-LIBERAL/TAMAK KUASA-PENGKHIANAT-BANGANG, kerana yg. diperjuangkan utamanya oleh PENCINTA-UMNO-TULEN, adalah ISLAM/umatnya, sbg. “TIANG TUA“ UMNO, supaya “RUMAH ADAT“ UMNO TIDAK diROBOHkan puak PENGKHIANAT ni (lihat makna "Tiang Tua" dlm. adat Melayu berzaman kita ni di - http://kesenianrahmat.blogspot.com/ , Rumah Adat Melayu, 11 Desember 2011)!

    Tapi kalau pemimpin UMNO ANGKUH yg. TAK nak MENGHARAGAI jasa blogger-blogger pro-UMNO yg. JUJUR/IKHLAS/BERANI, tapi asyik nak TUNDUK pd. HASUTAN DALANG-DUA-MUKA-Islam/Melayu LIBERAL/Pendatang KAPIRDAJAL RASIS termasuk dlm. BN sendiri – percayalah, akan hilang terus KEPERCAYAAN pd. UMNO sedangkan UMNO bukan kepunyaan depa dan KETURUNAN depasaja tetapi kepunyaan seluruh umat Islam/Melayu, untuk MEMPERTAHANkan ISLAM serta hak mereka dari mana-mana PENGKHIANAT agama/bangsa/negara!! Dan mulai sekarang, JANGAN lagi dok PERTAHANKAN lagi pemimpin UMNO yg. asyik diKEJI puak PENGGANAS Siber DAPBANGKAI/PKRSODOM kecuali pemimipin Islam/Melayu-UMNO TULEN– biaq pemimipin UMNO-BANGANG, . pi layan-mcm-“anak emas“ si puak MUDA-LIBERAL yg. KONONnya “generasi-proaktif-X/Y-DIGITAL“ dan mendabik dada-dgn-angkuh “I-moden/moderat/cergas/progresif- jenis liberal-tau you“ terus TIDOQ/BERZUMBA/BERGLAMER-termasuk-bersosial-ala-omputih-di ‘CAFE‘ mcm. biasa, bila ejen-ejen si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya, terus MENYERANG bertubi-tubi ISLAM/umatnya yg. termasuk Kesultanan Melayu kita, serta hak Bumiputera, kat sosial media!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete