Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 10 November 2014

Nah! TPM & Ketua Wanita SOKONG Akta Hasutan... @NajibRazak @muhyiddin_my @Zahid_Hamidi @ShahrizatJalil


Sokong demi sokongan diberikan oleh rakyat terhadap pengekalan Akta Hasutan sebagai menjaga ketenteraman dan keamanan rakyat... Utamakan kepentingan rakyat daripada membuat sesuatu yang bertujuan politik tapi akhirnya memakan diri... 

Seperti apa yang PM kata, ada kalanya Kerajaan kena lakukan sesuatu yang kurang popular demi kepentingan rakyat... Dalam hal Akta Hasutan ini, kita tidak tahu kehendak sebenar rakyat, tapi, selama ini dengan adanya akta hasutan kita hidup aman dan damai, kenapa perlu diubah hanya kerana tuntuan segelintir manusia...? Justeru, demi keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi, pastinya rakyat akan menyokong usaha ini...

Perkara ini disokong sepenuhnya oleh Timbalan Perdana Menteri malaysia dan ketua Wanita UMNO Malaysia...

Tan Sri Muhyiddin:

MELAKA 27 Okt. – Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat sebarang kenyataan yang menggores perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, adalah penting undang-undang yang mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan dikekalkan dan sedikit pindaan perlu dibuat berikutan beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku wajar ditangani segera.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ada pihak cuba menghasut rakyat sehingga menimbulkan suasana tegang dalam hubungan kaum di negara ini termasuk yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

“Kita tidak boleh membiarkan sikap melampau segelintir pihak boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini, apatah lagi jika mereka semakin berani mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan.

“Antara yang disentuh adalah hak keistimewaan Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hak-hak sah bagi kaum bukan Melayu, kedudukan agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
“Bagi kerajaan tindakan sebegini tidak boleh kita kompromi walau sedikit pun dan pada hemat saya adalah penting Akta Hasutan dikekalkan sebagai satu bentuk kawalan yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.... Selanjutnya di sini

Bagitu juga Ketua Wanita UMNO Malaysia:

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Kerajaan diminta mendengar kebimbangan dan suara hati rakyat terutamanya kaum wanita dalam membantah cadangan penghapusan Akta Hasutan 1948.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, suara majoriti rakyat negara ini perlu diutamakan berbanding beberapa personaliti yang membawa agenda politik semata-mata.
Menurutnya, kerajaan tidak perlu takut untuk ke hadapan dalam mendengar suara majoriti tersebut demi menjaga kestabilan dan kese­lamatan negara.

“Sehubungan itu, Wanita UMNO hari ini sebulat suara menetapkan bahawa segala usaha untuk memansuhkan akta berkenaan perlu ditangguhkan.

“Ini kerana Akta Keharmonian Nasional tidak mencukupi untuk mengekang ancaman yang dapat mengganggu-gugat keselamatan rakyat di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Pemahaman Akta Hasutan 1948 di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Program yang dijalankan secara tertutup anjuran Biro Perundangan dan Advokasi Pergerakan Wanita UMNO itu turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; peguambela dan peguamcara, Datuk Salehuddin Saidin dan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Tambah Shahrizat, Wanita UMNO juga akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantah pemansuhan tersebut dalam masa terdekat.
Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat pungutan suara dalam satu referendum sejuta tandatangan untuk diserahkan kepada Najib.

“Wanita UMNO akan mengumpul tandatangan bermula dengan kira-kira 19,000 cawangan UMNO di seluruh negara,’’ ujarnya.-Selanjutnya di sini

JOMO: Saya sokong cadangan mereka, Akta Hasutan perlu dikekalkan... Soal kemaslahatan Ummah perlu diutamakan daripada soal populariti... In Sha Allah, Allah akan bantu asalkan saja tujuan kita ikhlas demi rakyat...

1 comment: