Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 13 November 2014

Meluat! Orang Kita Hanya Mampu Lihat Rumah, Mampu Milik Jauh Sekali... @NajibRazak @mpkotabelud @muhyiddin_my



Aku peliklah dengan situasi sekarang ini, Kerajaan tiada kuasa mengawal kenaikan harga Rumah? Bukannya apa, selain, perumahan rakyat 1 Malaysia (PRIMA) dan  Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) apakah kerajaan mahu menampakkan kelemahannya sehingga tak mampu mengawal kenaikan harga rumah...???

Untuk apa diwujudkan Kementerian Kesejahteraan Bandar jika haldan isu berkaitan kesejahteraan rakyat yang tinggal di bandar tidak dapat diberikan perhatian serius... Ya! Aku sokong PRIMA dan myHome, tetapi, aku nak tanya Menteri bertanggungjawab, berapa banyak PRIMA di wujudkan? Siapa yang dapat? Harganya mampu milik ker? Jumlahnya mencukupi? 

Ya! Aku faham kerajaan ada sediakan penempatan murah untuk para belia dibandar, tapi, berapa sangat yang dapat... ok, let's say, pasangan yang baru nak mulakan hidup ni boleh tinggal selama 2 tahun, sebelum mereka mencari rumah baharu... Di mana Jaminan selepas 2 tahun mereka akan dapat rumah??? Tiap-tiap tahun rumah akan meningkat naik, Ingat senang ker nak dapat rumah yang murah ketika ini... Bayangkan pula, belia / pasangan yang baru hidup yang tak dapat kemudahan seperti ini, lagi teruk kehidupan mereka... Takkan nak suruh mereka balik kampung? Lagi takda kerja, kalau di bandar pula kerja ada, gaji cukuplah menyara makan dan minum, nak dapat rumah??? jauh sekali...

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah, Menteri cubalah cari jalan bantu rakyat ini, Ya kita faham GST tidak boleh dielakkan, tapi, demi kepentingan rakyat ini, dahlah harga Rumah semakin hari semakin naik ditambah lagi dengan beban cukai GST pada harga rumah, bertambah-tambahlah beban yang bakal dipikul oleh rakyat... Janganlah senang-senang bagi kenyataan yang merisaukan rakyat... Kalau Menteri risau, apatah lagi rakyat... Kalau setakat risau jer, baik tak payah jadi Menteri...

Cuba berfikir dan cari mekanisme atau alternative lain bagi mencegah dan membendung kenaikan ini... Wujudkan Penguatkuasaan kawalan harga, wujudkan sistem pemantauan yang baik terhadap pembinaan perumahan di Malaysia, buatlah polisi harga Syiling sebuah rumah banyak lagi yang boleh dibuat... Inilah tujuannya kementerian ini diperkenalkan...

PUTRAJAYA - Kerajaan tiada kuasa untuk mengawal harga rumah yang ditentukan pasaran, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya berusaha menawarkan pelbagai insentif bagi memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah.
Abdul Rahman berkata, fenomena kenaikan harga rumah bukan berlaku di negara ini sahaja, tetapi di seluruh dunia. 
“Kerajaan tiada kuasa menentukan harga pasaran. Kita hanya boleh bantu kurangkan harga rumah dengan insentif. 
“Walaupun harga rumah meningkat, kerajaan tetap respons dengan mewujudkan banyak program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia. (PR1MA) dan MyHome,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negara (JPN), semalam. 
Mengenai kenaikan harga rumah menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Abdul Rahman berkata, menerusi kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), harga rumah dijangka meningkat antara dua dan tiga peratus sahaja. 
“Kalau lebih tiga peratus, mereka boleh dikenakan tindakan Akta Pencatutan,” katanya.
Beliau, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan pemaju menggunakan alasan lain bagi menaikkan harga rumah. 
“Saya risau harga itu dinaikkan bukan kerana GST, tetapi kerana mahu untung lebih. Mengikut perkiraan kita, hanya lebih kurang tiga peratus sahaja kenaikan setelah mengambil kira kenaikan harga barang pembinaan. 
“Kalau harga naik, laporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya. 
Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak berhasrat mewajibkan konsep bina kemudian jual (BKJ) seperti yang pernah diumumkan sebelum ini. 
“Kita tidak berhasrat mewajibkan konsep BKJ kepada semua pemaju, kerana kita khuatir jika diwajibkan pada masa GST dilaksanakan harga rumah semakin melambung,” katanya. 
Beliau meminta kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan seperti PR1MA bagi membolehkan mereka membangunkan rumah mampu milik di negeri-negeri terlibat. 
Katanya, kerajaan negeri sepatutnya tidak merebut dengan Kerajaan Pusat berhubung senarai nama bakal penghuni kediaman mampu milik itu.-SH

JOMO: Kenaikan harga rumah di bandar-bandar cukup menakutkan... Rakyat perlukan rumah untuk hidup berkeluarga, aku cadang kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan bandar ini, buat satu pemantauan dan perangkaan dapatkan maklumat berapa bilangan anak muda yang masih tidak mempunyai rumah di negara ini... Dari itu, Kerajaan boleh decide berapa banyak rumah di bawah PRIMA dan MyHome yang akan diwujudkan... Lagi satu PRIMA dan MyHome pun janganlah nak tekan harga tinggi... Kalau duit gaji habis bayar rumah jer, rakyat nak makan apa...?

Semua orang risau, tapi, jangan cakap saja, kena ada tindakan! Jangan sampai rakyat meluat PRU14 nanti...

Warga Prihatin!

No comments:

Post a Comment