Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 1 November 2014

Keadaan Sabah Masih Selamat! @musahjaman @NajibRazak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berharap rakyat tidak panik dengan insiden tembakan di Penampang Baru petang kelmarin menyebabkan dua lelaki mati yang juga disyaki penjenayah.

“Keadaan keselamatan di Sabah adalah selamat dan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam sidang akhbar semalam berkata dua lelaki yang ditembak mati pihak polis itu masing-masing berumur 50 dan 45 tahun dipercayai warga negara Filipina yang sedang diburu.

Mereka dipercayai terlibat dengan tiga kejadian rompakan bersenjata pada bulan ini di Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu.

Tambah Musa rakyat perlu bersama-sama memberi sokongan dan kerjasama kepada anggota keselamatan termasuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil berhubung kes itu.

www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/01/keadaan-di-sabah-masih-selamat/

Jomo: didoakan sabah terus berada dalam keadaan yang aman dan damai

No comments:

Post a Comment