Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 6 November 2014

Jangan Tergesa-Gesa Kritik Fatwa... Apatah Lagi Orang Yang Tiada ILMU dan BODOH...



6 NOV: Umat Islam diingatkan supaya tidak tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sesuatu fatwa itu bukan hanya dibuat atau ditentukan oleh mufti tetapi melalui jawatankuasa fatwa terdiri daripada alim ulama dan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk perundangan.

sultanselangor2Titahnya lagi, umat Islam seharusnya yakin dengan penuh ikhlas dan bersatu padu fikiran untuk mengatasi segala ajaran Islam mengatasi ideologi dan kepentingan politik.

“Beta menyeru kepada umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.

“Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor ini hanya akan menjadi sah setelah mendapat persetujuan dan perkenaan beta,” titah Sultan Selangor.

Baginda bertitah demikian Seminar Kanun Jenayah Syariah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Khamis.

Baginda juga berkata, berdasarkan keadaan dan situasi semasa, sebahagian besar umat Islam masih belum memahami kedudukan undang-undang Islam yang terkandung dalam Al-Quran pada aspek fundamentalnya.

Majis Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan NGO sisters in Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid berkata tidak akan mengadakan pertemuan dengan SIS dalam jangka masa terdekat.

Katanya, adalah lebih baik pertemuan itu tidak diadakan kerana bimbang akan menimbulkan prejudis berikutan tindakan SIS mengemukakan semakan kehakiman di mahkamah berhubung status mereka.

“Tunggulah nanti kalau mereka (SIS) nak lawan di mahkamah. Jika kita bertemu, akan jadi prejudis pula nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Dewan Jubli Perak, Khamis.

Pada Rabu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengemukakan cadangan agar Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bertemu SIS bagi menyelesaikan kontroversi berhubung fatwa terhadap NGO berkenaan.-sumber

JOMO: Ini SIS datangd ari mana...? Dahlah ILMU Agama takda, tapi nak cakap banyak... Bertaubatlah!

No comments:

Post a Comment