Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 25 November 2014

Habis! DAP Boleh LAWAN PAS: Ekorang Perebutan Kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor...

Sepak terajang Pakatan rakyat semakin meruncingkan... (Lebih baik bungkus)... Terkini, DAP telah melakukan serangan secara senyap terhadap SEKUTU mereka PAS... Kenapa ya? Baru setahun jangung bersama sudah jadi semacam ini... Perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam Barisan Nasional...

Ini hakikat rakyat kena terima, PAS memang ditakdirkan tidak akan selesa dan sesuai bersama DAP... kita kena ingat, PAS dan DAP telah bermusuh sekian lamanya... Tapi, hanya kerana Anwar mereka bersatu...



SHAH ALAM: Kecewa dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat menyebabkan DAP bertindak cuba menafikan peluang wakil rakyat PAS untuk menduduki kerusi timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Calon DAP bagi jawatan tersebut, Ng Sue Lim berkata, tindakan mencalonkannya itu juga merupakan ‘protes senyap’ partinya terhadap PAS dan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Salah satu sebab ialah DAP sudah kecewa dengan PAS.

“Ia juga adalah protes senyap terhadap PAS terutama mengenai peranannya dalam Pakatan Rakyat serta kepada presiden PAS yang selalu tidak hadir mesyuarat,” katanya kepada pemberita di DUN Selangor pada Isnin.

Sue Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekincan dicalonkan bertanding jawatan timbalan speaker DUN menentang wakil rakyat PAS, Mohd Shafie Ngah.

Mohd Shafie yang juga Adun Bangi bagaimanapun menang selepas mendapat 28 undi berbanding Sue Lim yang memperoleh 14 undi.

Menurut Sue Lim, keputusan untuk mencalonkannya bertanding jawatan yang diperuntukkan kepada PAS itu dicapai dalam mesyuarat DAP Selangor sejak sebulan lalu.

“Parti saya juga berpendapat melalui pencalonan saya, ia akan mewujudkan budaya baharu iaitu bahawa Pakatan Rakyat boleh bertanding sesama sendiri…tak perlu hanya seorang calon,” katanya.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat berhadapan krisis politik terutama membabitkan pertukaran jawatan kerusi menteri besar Selangor.

Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.

Justeru pimpinan PAS termasuk Hadi sendiri menerima ‘serangan’ daripada ahli dan pemimpin PKR dan DAP kerana didakwa membelakangkan Pakatan Rakyat....-sumber


No comments:

Post a Comment