Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 3 November 2014

Dia Lelaki Y?! Fakta Baharu Kes Akan Disentuh - Shafee


Perbicaraan kes liwat Anwar diteruskan pada hari ini... Pembentangan Pendakwaraya difahamkan telah membentangkan 65 % hujahnya...

Group peguam bela difahamkan akan menyiapkan pembentangan mereka selepas pembentengan pendakwaraya tamat... Pendakwaraya masih tetap dengan pendirian mereka bahawa DNA itu sama dengan DNA kepunyaan Anwar Ibrahim... Mereka juga konsisten dengan Cara DNA itu diambil dan pastinya jawapan peguam bela pastikan akan menemui jalan buntu...

Kemungkinan besar, team peguam bela akan cuba mengalihkan isu kepada perkara lain... Jika benar apa yang berlaku, kemungkinan game terakhir mereka adalah dengan mengheret Saiful sama ke dalam penjara...




KUALA LUMPUR- Pendakwa Raya Prosiding rayuan terakhir kes liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah membentangkan 65 peratus hujah setakat ini.

Beliau yakin akan menamatkan pembentangan huja menjelang tengah hari esok untuk memberi laluan kepada peguambela tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pembentangan mereka.

“Ia mungkin habis dibentang esok, mungkin tidak, walau apa pun saya berharap habis berhujah menjelang tengah hari esok, dan prosiding akan berlangsung sehingga petang esok,”

“Kedua-dua pihak telah menyerahkan hujah bertulis, dan pasukan peguambela sedang menelitinya. Harap saya tamatkan hujah pada tengah hari esok dan banyak fakta-fakta baharu kes akan disentuh dalam hujah esok,” katanya kepada pemberita di lobi Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam hujah hari ini, beliau berkata, tiga fakta mustahak kes disentuh iaitu pertama melibatkan keterangan saksi Dr. Osman yang memeriksa dan merawat mangsa liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak menceritakan perkara sebenar kepada mahkamah.

“Apabila Dr. Osman dipanggil penguambela, saksi yang katakan bahawa Saiful menjelaskan dekat dia macam-macam. Sekarang setelah membaca keterangan Dr. Osman sekali lagi, nampak sangat seperti yang saya hujahkan, mendapati Dr. Osman tidak menceritakan yang sebenar lapur portal MalaysiaGazette

“Dalam hal ini saya tidak mengatakan Osman tidak berkredibiliti, tapi kami berjaya buktikan dia tidak bercakap benar, kita buktikan berdasarkan bukti keterangan Osman sendiri seperti disebut dalam hujah pihak kami hari ini,” katanya.

Manakala fakta kedua yang dibentang katanya, melibatkan bahan-bahan bukti iaitu perayu menggunakannya iaitu, tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral yang dibawa sendiri oleh Anwar dalam lokap di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Shafiee berkata, daripada tiga barang bukti itu, ahli kimia mengesan DNA milik Anwar, dan ia dikatakan sebagai ‘Male Y’ yang dibandingkan dengan ‘Male Y’ yang diperolehi daripada barang bukti yang dikeluarkan daripada tubuh Mohd. Saiful.

“Jadi yang dikeluarkan dari tubuh Saiful juga ‘Male Y’ yang kita boleh ketahui bacaan spektrum, jadi kita harus bandingkan itu dengan satu bandingan yang kita tahu DNA kepunyaan ‘utama’.

“Jadi yang kita bandingkan ialah daripada barang-barang bukti daripada lokap yang mana kita tahu orang lain tak gunakan, hanya dia yang gunakan barang tersebut.

“Disebabkan dia tak beri DNA umpama darah, kerana itu hak dia, jadi sebab itu kita harus mengambil DNA yang kita perolehi dengan cara inisiatif kita yang menunjukkan perbandingan,” jelas beliau.

Selain itu, beliau turut menafikan tuduhan Anwar yang mempertikaikan cara pengambilan DNA nya adalah tidak adil.

“Dia kata demikian kerana ia cara muslihat atau cubaan memperdaya dia ketika ditahan satu malam di IPK oleh kerana kita hendak DNA, bukan sebab untuk disiasat.

“Kita sebenarnya ada keterangan mengatakan oleh sebab dah pukul 12 lebih malam ia disimpan di situ, pagi Pegawai Penyiasat Polis ketika itu mengambil keterangan lengkap sebelum 9.30 pagi keesokan hari Anwar dah balik.

“Jadi perlu dia ditahan macam orang lain. Jadi oleh sebab itu Hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan keputusan awal menyatakan dia perlu meneliti semula keputusan awal yang menolak keterangan itu, tetapi kini berkata ia diterima balik, itu fakta mustahak yang disentuh dalam hujah tadi,” katanya.-sumber


No comments:

Post a Comment