Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 21 October 2014

We Malaysian What??! Mau Takut Apa Sekolah 1 Aliran??? Sokong Idea DS @Zahid_Hamidi



Pendidikan asas perpaduan rakyat... Aku percaya slogan ini masih erelevan apatah lagi dalam konteks kepelbagaian dalam negara ini... Dari dahulu sehingga kini kita asyik melaungkan toleransi dan penerimaan... Tapi dalam masa yang sama kita masih terus bercakap sola bersatu dan berpadu sesama rakyat...

Ya! memang kita mesti terus bercakap soal ini, tapi, keadaannya 50 tahun lepas sehingga hari ini isu perpaduan masih membelenggu rakyat kita. kenapa? Walaupun kerajaan sentiasa (non-stop) menekankan bahawa isu perpaduan cukup penting dan mesti dijaga, namun, masih terdapat perselisihan dan keadaan tidak boleh menerima kepelbagaian antara kita... Orang lama mungkin faham, tetapi bila dilihat senario hari ini generasi baharu seolah-olah jarak antara kaum semakin jauh...

Masakan tidak, orang cina banyakknya masuk sekolah jenis kebangsaan, dan orang melayu masuk sekolah kebangsaan... Alamatnya, bagaimana orang Melayu dan cina mahu memahami kehidupan masing-masing... begitu juga terjadinya kepada orang india... Kita bercakap soal perpaduan, tapi, perlaksanaannya macamana? Kita sepatutnya berjiwa besar menerima kepelbagaian, tapi, bagaimana mahu menerima kalau dari peringkat kanak-kanak pun kita tidak bersama...

Sebagai contoh; antara sebab sekolah jenis kebangsaan terus wujud adalah mahu menjaga adat dan budaya serta bahasa orang cina itu sendiri, persoalannya, apakah tidak boleh dilakukan dalam keadaan sekolah satu aliran...? Bukankah baiknya jika orang Melayu dapat belajar sama-sama kehidupan kawan-kawan dari bangsa cina...? Ini hanya dapat dilakukan andainya mereka duduk bersama dalam satu tempat...

Aku percaya, kerajaan tak akan sezalim itu selepas selama ini sentiasa menjaga keadaan sekolah jenis kebangsaan dalam konteks demokrasi, sudah tiba masanya orang cina dan pemimpin-pemimpin cina memikirkan sesuatu untuk menyatu-padukan rakyat di negara ini... Jika betul-betul jujur untuk melihat negara ini berada dalam keadaan yang harmoni dan bersatu padu, jika benar-benar mahu melihat pewaris kepada negara ini mewarisi negara ini dalam keadaan aman dan makmur terutamanya dalam isu memahami kehidupan rakyat yang pelbagai ini, tibalah masanya pemimpin-pemimpin cina memikirkan sesuatu yang lebih besar dalam membawa agenda negara Malaysia kearah lebih progresif dimasa akan datang...

JOMO: Aku percaya, takkan hilang budaya adat dan bahasa cina kalau pun anak-anak kita belajar di bawah satu bumbung dalam satu aliran...

Walaupun disifatkan sebagai kenyataan pribadi, aku percaya DS Zahid Hamidi berfikri diluar kotak melihat bukan masa yang dekat tetapi melihat kepada masa depan negara ini... Sokong kenyataan DS Zahid!

No comments:

Post a Comment